Baru sahaja meningkat naik, namun penyanyi Fatin Husna baru-baru ini dilanda kontroversi yang mana terdapat satu pertuduhan yang mengatakan bahawa penyanyi yang popular menerusi duet bersama Khai Bahar, Rahsia Kita ini telah mencuri susunan lagu dari artis luar negara.

Curi Lagu Luar Negara?Β 

Menerusi single terbaharu nya, Dan Cintaku yang baru sahaja dipertontonkan video muziknya semalam, terdapat beberapa komen di laman YouTube yang mengaitkan lagu itu sama seperti sebuah lagu dari artis luar negara.

Sehubungan dengan itu, syarikat rakaman Fatin Husna iaitu NAR Records menegaskan bahawa artis naungan mereka tidak mengetahui akan isu tersebut memandangkan proses pemilihan diambil berdasarkan lagu yang terbaik di antara komposer-komposer yang menghantar karya mereka kepada pihak mereka sama seperti artis-arits naungan NAR Records yang lain. Sebagai info, komposer lagu ini merupakan hasil ciptaan Harris Yusof.

BACA  Siti Sarah Berasa Kesal Kerana Ubah Susun Atur Lagu Pada AJL33?

Dapat Sambutan Dari PeminatΒ 

Biarpun begitu, dalam perkembangan lain menerusi carian kami mendapati rata-rata peminat begitu kagum dengan single ketiga Fatin Husna. Malah ada segelintir daripada peminat akui penyanyi seperti ini wajar ‘diangkat’ ke hadapan kerana mempunyai bakat yang cukup besar. Sehingga kini, video tontonan lagu ini di laman YouTube telah mencecah lebih dari 15 ribu tontonan.