Adegan Cium Mulut Menghangatkan Lagi Percutian BCL & Keluarga di Labuan Bajo

Percutian BCL bersama keluarga ke Labuan Bajo diketahui dari foto-foto yang dimuatnaik di media sosial.

3.6K

Destinasi pelancongan Indonesia di sebalah timur ini semakin ramai diminati. Jumlah pelancong yang datang terus bertambah, termasuk dari kalangan selebriti. Baru-baru ini, penyanyi dan aktres Bunga Citra Lestari (BCL) bercuti ke Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur bersama suami dan anak tercintanya, Ashraf Sinclair dan Noah.

Percutian BCL bersama keluarga ke Labuan Bajo diketahui dari foto-foto yang dimuatnaik di media sosial. Meskipun baru dua hari berada di sana, mereka sekeluarga sangat bahagia dan seronok berada di sana. Nak lihat bagaimana percutian mereka? Jom lihat gambar-gambar ini.

Foto: IG Bunga Citra Lestari

Kebanyakan pelancong yang datang ke Labuan Bajo memilih menginap di kapal sambil berlayar mengunjungi lokasi-lokasi menarik ketika pelayaran. Hal yang sama juga dilakukan oleh BCL. Terlihat di foto ini dia bergambar  bersama suami dan anaknya di atas kapal. Raut wajah mereka ceria sekali ya.

Pasangan suami dan isteri ini juga selalu terlihat mesra dan harmoni. Apa yang menarik perhatian, merekamemuatnaik gambar bercium bibir di laman sosial membuatkan ramai rasa iri hati dengan kebahagian mereka berdua.

Berminat untuk berkunjung ke Labuan Bajo? Tunggu apa lagi! Untuk info, tiada direct flight dari Kuala Lumpur ke sini. Anda boleh mengambil penerbangan ke Bali atau Lombok dan harus ambil penerbangan domestik untuk sampai ke Labuan Bajo.