Sudah menjadi lumrah, tak semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan terpilih memasuki Universiti Awam atau IPTA.

Ini bukan disebabkan kerana keputusan peperiksaan yang teruk ataupun anda tidak bijak tetapi ini kerana jumlah kouta  yang telah ditetapkan oleh setiap Universiti tidak mencukupi.

Walaubagaimanapun, ini tak bermakna yang tak dapat masuk Universiti Awam tak boleh berjaya ya.

Yang dipilih masuk ke IPTA tu tak payah nak lompat-lompat jerit sangat ya! Sebab itu bukan penentu kejayaan anda pada masa akan datang.

Yang tak dapat masuk IPTA, jangan kecewa, perjalanan anda masih jauh lagi. Hal ini telah dibuktikan oleh 5 tokoh usahawan ini tidak berpeluang masuk ke IPTA tetapi memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej tempatan.

Dan pada hari ini, semua orang kenal siapa mereka sekarang!

1Neelofa

Neelofa, satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Seorang figura yang memilik pesona wanita yang bukan sahaja berkarisma, berbakat malah juga ikon usahawanita yang sangat berjaya.

BACA  [VIDEO] Misha Omar Lantik Peguam Gara-gara Difitnah Guna Sihir & Bela Jin

Pelakon kelahiran Pasir Mas Kelantan itu melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.

2Dato Seri Aliff Syukri

Siapa tak kenal dengan Abang Kosmetik ini, bukan setakat berjaya dalam perniagaan, malah tokoh usahawan ini menerima lebih puluhan ribu ringgit dari Google gara-gara laman Youtube nya yang mendapat tontonan tinggi.

Aliff boleh dikatakan salah seorang usahawan yang terkaya di Malaysia, manakan tidak seluar dalamnya pun dari jenama Versace.

Kejayaan yang di raih oleh Aliff bukanlah berbekal ilmu dari IPTA tetapi beliau  memilih untuk menyambung pelajaran ke Taylor College. 

BACA  Soo Wincci Kongsi Pengalaman Tahun Ke-8 Berpuasa

3Dato Bernard Chandran

Dato’ Bernard Chandran merupakan seorang pereka fesyen Malaysia.

Hasil kerja beliau bukan biasa-biasa sehinggakan pelanggan setianya di kalangan keluarga kerabat Diraja  Malaysia dan Brunei serta dua bekas Miss Universe.

Oleh yang demikian, Dato’ Bernard Chandran pernah dikenali sebagai “Putera Fesyen Malaysia”, tetapi kini sedang dianggap sebagai “Raja Fesyen Malaysia.

Di sebalik kejayaan Dato’ Bernard Chandran, beliau sebenarnya menimba ilmu ilmu fesyen dengan melanjutkan pelajaran di International Fashion Training Centre (IFTC) in Petaling Jaya.

4Dato Sani 

Dato’ Wan Mohammad Sani bin Salleh merupakan Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd, yang juga merupakan pemilik Sani Ekspress Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd.

Maknanya, inilah pemilik kepada syarikat bas Sani Ekspress yang menjadi pilihan ramai itu.

Sama seperti Neelofa, Dato’ Sani juga merupakan salah seorang penuntut di Kolej Sunway. Dato’ Sani pemegang Diploma Perniagaan dan sebelum bergelar usahawan, Dato’ Sani memulakan kariernya sebagai model yang kemudiannya menjadi salah satu penyanyi kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusoff sekitar lewat 90-an.

BACA  Isu Berlian Palsu : Kemelut Antara Aishah & Dato Seri Vida Selesai!

5Dato Jovian Mandagie

Dato Jovian Mandagie amat terkenal dengan koleksinya sehingga menjadi idaman para peminat dalam industri fesyen dan tanpa henti mengeluarkan rekaan fesyen terbaru pada masa kini.

Antara pencapaian terbaik beliau adalah terpilih sebagai pereka fesyen terbaik 2013, Mercedes Benz Stylo Grand Prix.

Kalau anda nak tahu, memilih universti swasta untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen.  Suami kepada Nina Sabri ini merupakan pemilik  Ijazah Sarjana Muda Fesyen dan Peruncitan dari Universiti Lim Kok Wing. 

Kini sudah terjawab, IPTA bukanlah satu-satunya destinasi yang mampu membawa anda ke puncak kejayaan yang diimpikan. Kedua-dua universiti swasta dan awam mempunyai kekuatan mereka sendiri.

Universiti ataupun kolej hanya sekadar menyalurkan ilmu, dan anda sendiri yang menjadi penentu hala tuju masa depan.