Awal pagi semalam, anak kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, Zareef Yusof, 9, dikatakan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama Mak Cun.

Kereta Bertembung 

Menerusi sumber yang dilaporkan oleh MStar, Zareef yang menaiki kereta yang oleh ibu saudaranya dikatakan telah bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan. Malah perkongsian dari Erma Fatima dalam Instagram miiknya turut menunjukkan kedua-dua buah kereta dalam keadaan remuk.

Syukur Semuanya Selamat 

Biarpun begitu menurut Erma dan Eizlan sendiri, Zareef dan ibu saudaranya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Eizlan yang menerima berita tersebut turut bergegas ke lokasi penggambaran bagi melihat sendiri keadaan anaknya sleain memanjatkan rasa syukur kerana kedua-duanya selamat.