Sejak semalam tular di media sosial mengenai sekeping gambar milik penyanyi antarabangsa popular, Liam Payne yang berbogel duduk di atas sebuah kerusi dan turut memperlihatkan punggungnya.

Berbogel Demi Hugo BossΒ 

Bukan gambar suntingan seperti yang lazimnya didengari namun kali ini Liam sememangnya sengaja berbogel demi menjayakan sebuah kempen yang dianjurkan oleh jenama terkenal, Hugo Boss.

Gambar tersebut mula tular selepas seorang jurugambar, Mert Alas memuatnaik gambar tersebut menerusi laman Instagram nya.

Terdahulu,selebriti Kate Moss turut mempunyai gamabr yang sama seperti Liam dan ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Kate juga menggunakan khidmat jurugambar yang sama.

BACA  Jadi Model Pakaian Dalam! 8 Foto Seksi Georgina Rodriguez, Kekasih Cristiano Ronaldo

Liam Payne Seksi!Β 

Selain dari gambar bogel tersebut, Liam turut memberi petunjuk gambar-gambar yang lain bersama jenama popular itu.

Rata-rata peminat melabelkan Liam sebagai seorang figura yang cukup seksi dan berkarisma. Tidak hairanlah Hugo Boss mahu bekerjasama dengan penyanyi ini bukan? Seksi!