Siapa sahaja yang tidak mahukan badan ideal dan ‘fit’ bukan? Baik lelaki mahupun perempuan memiliki badan yang sempurna adalah satu impian buat semua orang.

Begitu juga dengan selebriti-selebriti lelaki popular ini. Ada yang sejak dari dahulu lagi sedang sibuk dengan aktiviti ‘buat badan’ dan ada juga yang baru sahaja mula berjinak-jinak dengan melengkapkan rutin ke gymnasium berhampiran.

Adakah sememangnya impian mereka untuk mendapatkan tubuh badan yang diidamkan atau sekadar komitmen penggambaran? Ayuh terjah 5 selebriti lelaki ini!

5 Selebriti Lelaki & Gymnasium 

1Hafidz Roshdi

Selain Hairul Azreen, rasanya begitu ramai yang dambakan tubuh badan seperti Hafidz Roshdi. Sering kali berkongsi rutinnya melakukan pelbagai aktiviti kecergasan, rata-rata peminat akui bentuk tubuh badan seperti pelakon ini adalah yang terbaik. Siapa cakap untuk memiliki tubuh badan seperti Hafidz perlu habiskan wang ke gymnasium yang popular? Pelakon ini telah buktikan hanya bersenam di rumah mahupun mana-mana kawasan ketika lapang mampu mengubah segalanya. Apa lagi alasan anda?

BACA  Marvel Umum Tayangan Avengers: EndGame Versi Baharu Minggu Hadapan!

2Aeril Zafrel

Diam-diam berisi! Siapa sangka pelakon popular ini rupanya sedang berjinak-jinak bermain dengan gymnasium. Biarpun badannya sudah kelihatan ideal, Aeril Zafrel tetap luangkan masa untuk bersenam.

Adakah Aeril ingin menaikkan berat badannya, untuk kelihatan lebih fit atau bakal terikat dengan komitmen penggambaran akan datang? Terima kasih kepada jurulatih pelakon ini yang juga pengamal media sosial terkenal, Ammar Akid yang berkongsi rutin Aeril. Goodluck!

3Saharul Ridzwan

Mengejutkan! Itulah luahan rata-rata peminat apabila Saharul Ridzwan berkongsi gambar terkininya baru-baru yang memperlihatkan saiz badannya yang kelihatan agak berisi berbanding sebelum ini. Akui Saharul, berat badannya sememangnya meningkat malah mencecah 90 kilogram.

Tidak berputus asa, Saharul kini back on the track dan sedang giat menurunkan berat badan. Bukan sahaja kerana ingin ideal kembali malah khabarnya Saharul bakal memegang watak penting dalam sebuah filem aksi. Nantikan!

BACA  Aliff Aziz & Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu

4Fadlan Hazim

Dahulunya Fadlan Hazim kelihatan agak kurus! Namun sejak tahun lalu saiz tubuh badan pelakon ini semakin meningkat dan kelihatan sesuai dengannya.

Sama seperti Hafidz Roshdi yang sering berkongsi rutin senamannya di laman Instagram, khabarnya Fadlan sibuk ‘membuat badan’ bagi menjayakan filem aksi berjudul ‘Sangkar’ yang turut dilakonkan oleh Zul Ariffin.

5Shaheizy Sam

OMG! Apa sudah jadi dengan Shaheizy Sam? Dahulunya kekar kini tidak keterlaluan jika kami katakan Sam sudah buncit. Menurut Sam, selera makannya sejak kebelakangan ini sering kali meningkat sehingga membuatkan badannya juga berubah saiz.

Sering kali disindir isterinya, Syatilla Melvin, Sam akhirnya akur untuk kembali bersenam bagi mendapatkan kembali tubuh badan ideal nya malah turut memberi petunjuk di laman Instagram nya. Ayuh kita lihat transformasi Sam kelak!

BACA  Amelia Henderson Menang Anugerah Di Korea!