Biarpun ramai peminat teruja dengan filem Power Rangers yang ditayangkan sekitar 2017, namun filem yang dilakonkan oleh Naomi Scott, Dacre Montgomery, RJ Cyler, Ludi Lin dan Becky G itu mendapat kritikan daripada peminat malah kutipannya juga dikatakan kurang memberangsangkan.

Reboot Kedua 

Terbaharu, peminat mungkin akan gembira dengan perkhabaran terbaharu mengenai Power Rangers kerana filem keduanya bakal menemui penonton kelak. Biarpun begitu ianya bukanlah sekual sebaliknya merupakan reboot kedua filem itu. Barangkali kerana kecewa dengan kutipan itu apatah lagi francais tersebut diambil oleh Hasbro, Power Rangers bakal mempunyai reboot kedua sekaligus antara filem yang mempunyai versi reboot terbanyak dalam jangka masa yang dekat.

BACA  Animasi Burik & Gepeng Tiru Upin & Ipin? Ini Perbezaannya

Pelakon Baharu

Isu tersebut hangat diperkatakan oleh peminat setelah salah seorang pelakonnya yang memegang watak sebagai Power Rangers Merah, Dacre Montgomer menerusi sebuah temu bual memberi tahu bahawa Hasbro telah mempunyai perancangan seterusnya mengenai animasi popular itu namun semua pelakon asal termasuk dirinya tidak akan terlibat dalam versi reboot seterusnya.

Hasbro Beli Power Rangers 

Sehingga kini, Hasbro belum membuat pengumuman rasmi mengenai filem ini dan peminat tidak tolak kemungkinan perancangan ini mungkin akan berubah bila-bila masa. Sebagai info, Hasbro telah membeli hak milik Power Rangers dari Syarikat Saban sebelum emngumumkan terdapat beberapa projek besar melibatkan watak kegemaran ramai ini.