Setelah setahun melancarkan lagu Raja, Stacy Anam , 29 tahun kini bersedia untuk kembali memeriahkan industri dengan lagu terbaru berjudul Khayal.  Khayal ditulis sendiri oleh Stacy buat kali kedua selepas lagu Rampas nyanyian Akim & The Majistret.

Lagu bergenre pop EDM ini merupakan hasil ciptaan Stacy bersama komposer Hang Nadim dan Ziin. Khayal kini sudah boleh didapati menerusi aplikasi pelantar muzik digital bermula hari ini.

Difahamkan muzik video rasmi lagu Khayal bakal dilancarkan pada hari ini 12 Julai 2019. Namun apa yang mencuri perhatian peminat adalah penampilan Stacy dalam Video Muzik sangat cantik bak bidadari dari kayangan.  Ada sebilangan netizen yang menyamakan penampilan Stacy ini seperti karakter popular dari Jepun, Sailormoon.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah orang penting yang mampu mengubah mengubah penampilan Stacy 360 darjah. Di sebalik penampilan menarik Stacy itu ada seorang makeup artist yang bertanggungjawap menyolek wajah Stacy ini dan semestinya bukan produk biasa-biasa telah digunakan.

Nak tahu siapa?  

Siapa lagi kalau bukan Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil  atau lebih dikenali dengan nama Alha Alfa, seorang makeup artist yang begitu disegani di Malaysia. Selain dikenali dikalangan selebriti-selebriti popular di Malaysia, Alha Alfa mempunyai rangkaian produk kosmetik berkualiti tinggi yang diberi nama Alha Alfa Cosmetics. 

Tak hairanlah, hasil sentuhan Alha Alfa bersama produknya menjadikan penampilan Stacy cukup memukau. Beliau juga merupakan makeup artist yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu makeup di media sosial, jadi tak hairanlah jika beliau mempunyai bilangan pengikut seramai lebih 665 ribu orang.

Terbaru, Alha Alfa mahu menghadiahkan set GLOW dari Alha Alfa Cosmetics kepada sesiapa yang berjaya membuat solekan seperti Stacy ini. Jangan lupa sertakan sekali tanda pagar #khayalkebulan dalam penyertaan anda ya!