Julai yang cukup bermakna buat Che’ Puan Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans apabila selebriti itu kini bergelar seorang ibu.

Selamat Lahirkan Anak Perempuan 

Menerusi perkongsian yang dibuatnya sejak dua hari lalu, Juliana dikhabarkan telah selamat bersalin pada hari sabtu. Buat mereka yang tertanya, pelakon ini selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel malah Juliana turut berkesempatan berkongsi wajah puteri sulungnya bersama ibu tercinta.

Dikenali Sebagai Tengku Kamiliah 

Rata-rata peminat dan kenalan terlebih dahulu membanjiri ruangan komennya yang terkini. Malah menerusi carian kami, nama anaknya dikenali sebagai Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.

Di atas kesempatan itu, Juliana mengucapkan terima kasih di atas segala doa dan ucapan yang telah diberikan buat mereka sekeluarga. Juliana telah berkahwin dengan Yang Mulia Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj atau lebih dikenali sebagai Tengku Adeq pada 30 April 2017. Tahniah buat Juliana dan Tengku Adeq!