Bagaikan satu wabak pada industri hiburan! Sejak hujung tahun lalu boleh dikatakan hampir setiap bulan ada sahaja selebriti yang terpalit dengan isu video lucah yang tersebar luas di media sosial.

Peminat Membuat Spekulasi 

Malah lebih mengejutkan, video-video tersebut dikatakan kononnya adalah milik selebriti-selebriti lelaki tanah air ini termasuklah mengenai panggilan video lucah yang melibatkan seorang chef selebriti. Biarpun wajahnya ada yang jelas kelihatan, namun ada sesetengah daripada netizen terus membuat spekulasi tersebut dengan menamakan beberapa orang chef selebriti terkenal termasuklah Dato Chef Ismail.

Terkejut Nama Terpalit Isu Video Lucah 

Dato Chef Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Ismail berasa terkejut apabila namanya turut dikaitkan dengan isu tersebut. Jelasnya lagi, dia juga tidak tahu menahu mengenai video itu sehinggalah diberitahu oleh pihak media. Berasa malu dengan insiden seumpama itu yang baginya boleh menjatuhkan nama baik selebriti lain, menurut Chef Ismail perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku.

” Sebagai seorang selebriti ianya bukanlah perkara ringan kerana sudah membawa satu nama yang dikenali. Bukan sahaja diri sendiri malah keluarga juga akan turut sama dengan nama selebriti itu. Jadi jika isu ini tersebar cuba bayangkan apa akan terjadi pada diri, keluarga dan perniagaan kelak?”

Tolak Cara Publisiti Murahan 

Gambar sumber dari Glam

Menolak publisiti murahan adalah satu cara untuk menaikkan nama, bagi Chef Ismail terdapat banyak lagi cara untuk menaikkan nama dan turut akui isu ini merupakan satu simptom yang merbahaya apatah lagi boleh menjejaskan karier seseorang.

“Zaman sekarang ini selagi boleh dikongsi selagi itulah tidak akan berhenti. Jadi pesan saya, bawa diri dan tolonglah jaga nama baik masing-masing kita tidak akan tahu apa akan terjadi dengan teknologi zaman sekarang mampu buat pelbagai benda”

Sebagai seorang yang berpengalaman dan cukup dikenali, harapan Chef Ismail agar mereka yang terlibat ataupun mana-mana pihak dapat memikirkan mengenai kesan yang akan terjadi sekiranya isu seumpama ini tidak dapat dibendung kelak. Chef Ismail ditemui Hangat.com ketika majlis pelancaran rancangan Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic bagi musim kelima baru-baru ini.