Rasanya tak keterlaluan kalau disebut Robert Downey Jr. antara pelakon yang membawa Marvel Studios mencapai kejayaan.

Ini kerana filem pertama Marvel Studios yang dibintanginya, “Iron Man”, meraih kejayaan besar ketika ditayangkan pada tahun 2008 yang lalu.

Sampai sekarang dah ada 22 filem superhero yang sudah ditayangkan oleh Marvel Studios sepanjang 10 tahun ini.

Oleh itu, tak terkejut jika watak Tony Stark ini menjadi aktor dengan gaji termahal di antara pelakon lain dalam franchise MCU. Malah baru-baru ini, terungkap bahawa aktor berusia 54 tahun tersebut mendapatkan gaji tinggi untuk filem pecah panggung Marvel Studios, “Avengers: Endgame”.

Bayaran Mencecah RM303 Sejuta Untuk “Avengers: Endgame”

Aktor “Sherlock Holmes” ini dilaporkan mendapatkan bayaran sekitar USD$ 75 juta atau setara dengan RM303 Juta dari “Avengers: Endgame”. Menurut data Forbes, Robert Downey dibayar dengan wang pemulaan sebesar USD$ 20 juta untuk filem ini. Namun, sebahagian besar tambahan wangnya berasal dari keuntungan filem secara keseluruhan.

Disebutkan bahawa dia mendapat tambahan % dari keuntungan bersih “Avengers: Endgame”. Sampai hari ini, siri lanjutan “Avengers: Infinity War” tersebut telah meraih USD$ 2.77 Billion di seluruh dunia.

Dengan jumlah tersebut, Marvel telah menghasilkan keuntungan bersih sekitar USD$ 700 juta. Ini bermakna Robert berhak mendapat tambahan sekitar USD$ 55 juta, sehingga keseluruhanya menjadi USD$ 75 juta hanya untuk satu filem.