Sejak tular khabar berita mengenai wanita Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko, 27 yang kononnya telah diceraikan dengan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pelbagai spekulasi terus berlegar di susur sosial media.

Yana Samsudin Sangsi Berita Rihana Oksana Cerai

Dalam kerancakan isu tersebut hangat diperkatakan, terdapat satu komen pertanyaan yang ditinggalkan oleh pelakon dan pengacara, Yana Samsudin.

Menerusi komen nya itu, Yana telah bertanyakan pada Rihana adakah benar dia telah berpisah dengan Sultan Muhammad V pada 22 Jun yang lalu sama seperti yang diperkatakan oleh netizen sebelum ini.

Netizen Anggap Yana ‘Busybody’ 

Biarpun pertanyaan tersebut tidak dibalas oleh Rihana, namun pengacara CJ WOW Shop itu mendapat ‘jawapan’ lain yang agak pedas daripada netizen yang turut menghujani ruangan komen model itu.

Tidak sangka Yana akan bertanyakan soalan sedemikian, segelintir daripada netizen bertindak mengecam komen Yana dengan beranggapan dia tidak seharusnya mencampuri urusan rumahtangga pasangan diraja itu malah turut mengaitkan sikapnya dalam isu melibatkan selebriti Fizo Omar dan bekas isteri nya, Mawar Karim.

Apa pun isu ini masih belum dapat disahihkan sama ada ianya sekadar khabar angin mahupun benar. Sama-sama kita doakan yang terbaik!