Daniel Craig secara rasminya telah ‘meletakkan jawatan’ sebagai James Bond apabila watak itu telah disahkan akan mempunyai pengganti yang baharu. Justeru itu, peminat mula membuat spekulasi dan beberapa nama besar seperti Idris Elba, Henry Golding dan Tom Hardy antara pelakon yang akan memegang watak ejen 007.

James Bond Bakal Dipegang Oleh Wanita 

Namun, percaya atau tidak segala spekulasi itu tidak mengenai ‘sasaran’ apabila filem Bond akan datang bakal menyaksikan sejarah baharu yang mana watak James Bond akan dipegang oleh seorang wanita. Berita ini telah pun disahkan dan Lashana Lynch is the new Bond!

Masih Kekalkan Kod Ejen 007 

Dalam filem Bond akan datang yang diberi judul sebagai Bond25, ramai yang tertanya adakah Lashana akan masih memegang nama James Bond?

BACA  Boboiboy Movie 2 Kutip RM9.9 Juta Dalam Masa 5 Hari!

Menurut sumber, besar kemungkinan pelakon ini akan memegang watak ejen baharu namun masih mengekalkan kod ejen yang sama iaitu 007.

Buat yang tertanya, Lashana pernah mencuri perhatian peminat apabila muncul sebagai kawan baik kepada Captain Marvel dalam filem itu, Maria Rambeau. Terdahulu, pelakon Rami Malek turut disahkan akan terbabit dalam filem yang akan ditayangkan pada 8 April 2020 itu sebagai watak antagonis utama.