Untuk tampil hebat dalam berpenampilan adalah hak setiap orang baik lelaki mahupun wanita. Malah jika anda berpenampilan menarik sekurang-kurangnya ia menambah rasa percaya pada diri.

Bercakap mengenai percaya diri, di Malaysia tak ramai selebriti lelaki yang benar-benar berani berfesyen. Biasanya, nama selebriti seperti Awal Asyaari, Wak Doyok, dan Hael Husaini sering diangkat sebagai ikon fesyen lelaki di Malaysia.

Ini kerana lebih ramai selebriti lelaki lebih selesa dengan berpenampilan ringkas saat menghadiri mana-mana acara. Setuju atau tidak, dalam banyak-banyak gaya selebriti berfesyen, sebenarnya ramai wanita di luar sana lebih menyukai yang tampil lebih ‘manly’.

Nasrul Suhaimin bin Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Bront Palarae merupakan salah satu aktor dan pengarah popular yang mempunyai ciri-ciri ini. Nak tiru gaya Bront agar penampilan terlihat lebih manly? Berikut tips yang boleh anda lakukan.

Foto: IG Bront Palarae

Bermula dari memelihara jambang, janggut hingga misai, cuba terapkan lima tunjang utama penampilan di bawah ini. Dijamin penampilan anda lebih manly dari sebelumnya.

1Janggut

Foto: IG Bront Palarae

Dengan adanya janggut seorang lelaki akan terlihat dewasa dan manly sangat. Pelihara dan kemaskan janggut anda agar nampak rapi serta bersih. Kalau boleh jangan terlalu panjang kerana akan membuatkan anda nampak terlalu berusia.

Ada beberapa cara agar janggut dapat tumbuh iaitu dengan menggunakan produk krim jambang Wak Doyok yang dikatakan mampu mempercepat pertumbuhan janggut. Selain itu dengan cara semulajadi, dengan menyapu minyak zaitun.

2Misai

Foto: IG Bront Palarae

Selain janggut, misai juga akan memberi kesan jantan, dewasa dan manly. Rapikan misai anda seminggu sekali agar terlihat rapi. Jika ingin melebatkan misai, anda boleh menggunakan minyak buah keras. Buah keras atau candlenut telah digunakan sejak zaman dahulu dalam rawatan  tradisional bagi membantu menyubur, melebat serta menghitamkan rambut.

3Jam Tangan

Foto: IG Bront Palarae

Jam tangan bagi seseorang lelaki itu merupakan aksesori penting selain sebagai penunjuk waktu. Menggunakan jam tangan memberi kesan disiplin pada waktu, rapi dan stylish. Bukan itu saja dengan menggunakan jam tangan kepercayaan diri akan meningkat.

4Kacamata

Foto: IG Bront Palarae

Kacamata adalah aksesori yang paling mudah untuk nampak lebih manly. Selain itu kacamata sebagai alat pelindung dari sinar matahari, agar mata tetap sihat. Gunakan kacamata hitam, maka penampilan akan nampak manly dan mata anda terlindung dari sinar matahari dan radiasinya.

5Jaket Kulit

Foto: IG Bront Palarae

Menggunakan jaket kulit memberi kesan klasik dan semi formal. Memakai jaket kulit tidak harus berwarna hitam. Ada banyak warna lain yang boleh jadi pilihan untuk memperhebatkan penampilan anda. Misalnya warna khakis, browna, malah warna mustard juga menarik. Pilih yang sesuai berdasarkan karakter anda.

Demikian tunjang utama penampilan para lelaki agar tampak manly. Namun yang paling penting dari semua ini, anda kena utamakan dahulu penjagaan diri anda, seperti menjaga kebersihan tubuh dan jangan sampai bau badan boleh merosakkan penampilan anda! Selain itu yang penting anda selesa dengan diri sendiri.