Pada penghujung filem Avengers : EndGame terdahulu kita dapat lihat bahawa Thor yang dilakonkan oleh Chris Hemsworth telah menyerahkan taktha nya kepada Valkyrie dan turut sertai pasukan Guardians of The Galaxy. Ketika itu, peminat menjangkakan watak Thor akan dipanjangkan apatah lagi kemunculannya bersama pasukan itu menimbulkan perosalan sekaligus terdapat spekulasi ‘crossover’ disitu.

Taika Waititi Pengarah Thor 4 

Terbaharu, menguatkan lagi spekulasi Thor akan kembali adalah dimana pengarah Thor : Ragnarok dikatakan telah kembali untuk mengarahkan sekual keempat filem itu. Melihatkan kejayaan Taika Waititi membawa Ragnarok dengan jayanya, peminat begitu teruja dengan khabar berita ini sehingga tularnya di media sosial.

Thor Cipta Sejarah 

Dengan pengumuman ini, Thor sekali gus mencipta sejarah sebagai watak Marvel yang mempunyai filem solo yang terbanyak mengalahkan Ironman yang mempunyai 3 filem.

Dalam perkembangan lain, ketika setiap watak dikembangkan dengan filem mereka tersendiri, terdapat berita yang mengatakan filem Hulk tidak akan diteruskan malah Mark Ruffalo bakal digantikan dengan pelakon lain bagi kemunculan Hulk akan datang. Berbalik kepada Chris, suka untuk kami imbas kembali yang mana pelakon ini dikatakan ingin meletakkan tanda noktah sebagai Thor. Adakah pelakon ini membuat jalan ‘U-Turn’ atau berita itu sekadar khabar angin?