Pernah Tewas! 5 Selebriti Popular Ini Bangkit Dari Rancangan Mentor

Mentor Milenia kembali semula dengan musim ketiga dengan konsep berbeza. Kali ini, Mentor Milenia 2019 menampilkan lima penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor.

3.3K

Mentor Milenia kembali semula dengan musim ketiga dengan konsep berbeza. Kali ini, Mentor Milenia 2019 menampilkan lima penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor.

Lebih menarik, Mentor Milenia 2019 dibarisi oleh barisan tenaga pembimbing baharu yang berpengalaman dan pertama kali iaitu Stacy dan Ernie Zakri di samping mengekalkan Black, Hazama dan Akim.

Berbeza dari tahun-tahun sebelum ini, kini terbuka kepada golongan muda dalam lingkungan umur 17 tahun hingga 23 tahun.

Pada tahun ini, Mentor Milenia 2019 bakal melakukan pembaharuan, antaranya uji bakat kali in tidak bertumpu hanya pada satu mentor, tetapi para peserta akan dinilai oleh kelima-lima mentor sewaktu ujibakat.

Dari uji bakat yang dijalankan, 20 peserta akan disenarai pendek untuk terus ke pentas Mentor Milenia dan di sini para mentor perlu memilih dua orang peserta sahaja untuk tampil di pentas mentor.

Bermula 6 Oktober

Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula 6 Oktober 2019 pada setiap hari Ahad pukul 9 malam selama 10 episod dan dihoskan oleh Shuk Sahar bergandingan dengan Elly Mazlein.

Pernah Tewas! 5 Selebriti Popular Ini Bangkit Dari Mentor

Mengimbas kembali sejak diperkenalkan pada tahun 2005, selain Black Hanifah, mungkin ramai yang tak tahu, Mentor telah melahirkan bintang-bintang hebat. Jom semak 5 selebriti popular yang pernah tewas namun bangkit selepas  menyertai Mentor.

1Hael Husaini

Pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu 2 kali berturut-turut, nama beliau tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia hiburan. Penyanyi dan komposer ini pernah menyertai Mentor pada tahun 2009.

Pada musim ini beliau menganggotai kumpulan Evo bersama rakan duonya, Erul Samah. Mereka merupakan protege kepada Jaclyn Victor. Pada musim ini, Black dinobatkan sabagai juara Mentor dengan hadiah tunai RM 100 ribu.

2Khai Bahar

Ramai yang tak menyangka, ketika Khai mula berjinak-jinak untuk menceburi bidang nyanyian, dia pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian termasuklah rancangan Mentor.

Sebelum menjadi penyanyi rakaman, Khai pernah mencuba nasib dengan menyertai Mentor dan terpilih menjadi protege Dayang Nurfaizah dalam Mentor Legend, namun terpaksa menarik diri kerana masalah peribadi.

3Haqiem Rusli

Haqiem menyertai Mentor Milenia pada tahun 2016, rata-rata peminat tidak perasan dengan kemunculan Haqiem di Mentor kerana saat itu dia menggunakan nama pentas Haq.

Beliau mengikuti audisi mentor Black dan berjaya disenaraikan sebagai antara peserta terbaik selain Qody dan Wanie yang bakal dipilih menjadi protege Black. Namun, tuah tidak menyebelahi Haqiem apabila tidak berjaya dipilih sebagai protege Black pada persembahan penentuan.

Namun perjalanan seni Haqiem tidak terhenti disitu, namanya terus mekar selepas mengeluarkan beberapa buah single hit antaranya Segalanya yang berjaya meraih jutaan tontonan di Youtube.

Haqiem berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) menerusi dua buah lagu iaitu Segalanya dan Tergantung Sepi, namun hanya lagu Tergantung Sepi yang berjaya mara ke peringkat akhir dan tuah menyebelahi Haqiem sekali lagi apabila lagu ciptaan Ibnu dan Gouffran itu berjaya memenangi tempat ketiga.

4Aiman Hakim Redza

Aiman ​​mengambil bahagian dalam Mentor 5 pada tahun 2011 dan beliau dibimbing oleh Rahim Maarof, penyanyi dan pemuzik terkenal di era 80/90an. Aiman berjaya melepasi ke pusingan keempat sebelum tersingkir.

Walaubagaimanapun, bakat Aiman lebih menonjol dan dikenali dalam bidang lakonan. Hal ini dapat dibuktikan selepas dia mememangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular pada tahun 2012 dan beberapa kali tercalon dalam banyak Anugerah berprestij untuk kategori pelakon terbaik menerusi drama-drama yang dibintanginya.

Pada musim ini, Protege Erra FaziraSalma dinobatkan sebagai Juara dan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze.

5Dewi Liana Seriestha

Pemenang gelaran ratu cantik Malaysia pada tahun 2014 ini memulakan kerjayanya selepas menjadi salah seorang peserta rancangan Mentor musim pertama di TV3.

Pada tahun yang sama juga, beliau menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi gelaran Miss World Talent ketika mewakili Malaysia di Miss World 2014 di London. Dia juga dinobatkan sebagai salah satu daripada 25 finalis suku akhir.

Jika anda mengimpikan untuk menjadi seperti bintang-bintang di atas ini, bolehlah menghadiri ujibakat Mentor Milenia 2019 bermula 3 Ogos ini. Untuk info lanjut bolehlah berkunjung ke laman www.xtra.com.my/mentormilenia.