Mengejutkan! Itulah perasaan yang digambarkan oleh kebanyakan peminat pelakon Betty Banafe apabila pelakon ini telah mengumumkan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya, Bruce Dargus setelah 8 tahun mendirikan rumahtangga.

Percaya Ada Hikmah 

Menerusi laman Instagram nya, Betty dikatakan telah bercerai pada 10 Julai yang lalu dan menyifatkan tarikh tersebut merupakan tarikh yang cukup bermakna buat dirinya dan keluarga. Percaya ada hikmah yang berlaku diatas perpisahan itu, Betty redha dengan ketentuan-Nya malah memberitahu dia dan Bruce berpisah secara baik.

View this post on Instagram

Detik ini hari ini 10 July 2019, sangat bermakna buat ku dan keluargaku. Segala yang ada bersama kami hanya pinjaman dari yang ESA. Peringatan buat diriku jua, agar sentiasa bersyukur dan merubah hidup menjadi lebih baik. Mencari teman yang baik dunia akhirat agar kita sentiasa dilandasan yang diredhoi . Percaya pada aturanNYA yang ESA. Allahuakhbar.. maaf zahir batin… Dear sahabatku sahabatku dari sekolah rendah sampai saat ini, followers yang setia denganku atau yang pernah mengenaliku, saudara saudaraku dari yang kecil sampai yang tua, adik beradik ku yang terCINTA, Aku hargai kehadiranmu dalam hidupku. Terima kasih banyak atas perhatian kalian maupun teguran baik dan buruk, alhamdulillah atas semuanya.. Moga Allah memberkati kita semua dan mengampunkan dosa dosa kami semua..Amin ya Rab.

A post shared by Betty Banafe (@bettybanafe) on

Sifatkan Bekas Suami Seorang Yang Baik 

Menyifatkan bekas suaminya itu sebagai seorang yang baik, memetik laporan dari MStar pada mulanya Betty enggan berkongsi dan mengulas lebih lanjut mengenai perceraiannya. Namun, dia terpaksa memberitahu umum supaya tidak timbulnya fitnah pada masa akan datang.

“Kalau ikutkan saya tak nak kongsi dan tak nak ulas lebih lanjut mengenai perkara ini tapi takut nanti ada berlaku fitnah, saya terpaksa beritahu. Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi dan bekas suami seorang yang baik tapi antara kami sudah tiada keserasian dan jodoh kami tidak panjang”

Betty dan Bruce mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.