Selepas diduga dengan kontroversi rumahtangga mereka, semalam pelakon Nadya Syahera dan suami sekali diuji apabila restoran milik mereka telah terbakar.

Terbakar Akibat Kebocoran Gas 

Restoran mereka yang dikenali sebagai ‘The Golok Cafe’ yang terletak di Sekysen 7, Shah Alam telah terbakar malam tadi dipercayai akibat kebocoran gas. Ketika itu, semua pelanggan termasuk pasangan ini sedang leka menjamu selera dan hanya sedari kebakaran tersebut setelah salah seorang pekerja mereka menjerit api sedang marak di kawasan dapur restoran itu. Malah beberapa video termasuk yang dimuat naik sendiri suami Nadya, Fizul Nawi turut tular di media sosial.

Mohon Doa Yang Terbaik 

Menurut Fizul, beberapa anggota bomba dan polis turut berada di tempat kejadian bagi membantu kebakaran.

Dia bagaimanapun bersyukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku biarpun terdapat seorang pekerja yang hanya cedera ringan. Dalam kesempatan itu,Fizul dan Nadya turut memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan yang berlaku ketika kejadian berlaku selain meminta doa yang terbaik buat dia dan restoran itu. Apa pun semoga pasangan ini terus tabah dan terus sukses pada masa akan datang!

BACA  A. Aida Dikecam Hebat Gara-Gara Kenyataan 'Pentingkan Rupa Dari Bakat'