Namakan sahaja akaun media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram ketiga-tiga akaun ini cukup popular sebagai salah satu medium untuk berinteraksi baik kepada netizen mahupun mereka yang bergelar selebriti.

8 Akaun YouTube Selebriti Yang Menghiburkan 

Seiring dengan peredaran zaman, akaun sosial media kini turut digunakan sebagai madah untuk selebriti-selebriti berkongsi rutin harian mereka yang benar-benar menarik perhatian para peminat. Namun begitu, salah satu medium media sosial iaitu YouTube turut digunakan oleh selebriti-selebriti ini bagi berkongsi apa sahaja informasi terkini mengenai mereka dan juga keluarga.

Peminat bukan sahaja dapat mengetahui dengan lebih jelas apa yang dilakukan oleh selebriti kesayangan mereka malah pelbagai ‘info rahsia’ lagi turut tersingkap di dalam sorotan video tersebut. Hangat.com bawakan 8 akaun YouTube selebriti tempatan yang anda boleh ikuti. Bukan sahaja menarik malah menghiburkan!

8Datuk Seri Siti Nurhaliza

Baru sahaja dilancarkan, nampaknya penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak memerlukan masa yang lama untuk meraih pengikutnya di laman Instagram yang kini telah mencecah lebih dari 200 ribu pengikut di laman YouTube.

Peminat kini berasa lebih ‘puas’ kerana bukan sahaja dapat mengikuti perkembangan Siti, malah ada kalanya keletah si comel Siti Aafiyah turut dimuat naik. Jangan tak tahu, rupa-rupanya penyanyi kesayangan ramai ini juga rajin memasak di dapur, segalanya dapat dilihat menerusi akaun YouTube beliau!

7Datuk Seri Aliff Syukri

Antara selebriti terawal yang sering kali memuatnaik video-video mengenai dirinya dan keluarga di laman YouTube. Bukan itu sahaja, malah video Datuk Seri Aliff Syukri juga sering kali trending dan menarik ramai perhatian peminat.

Namakan sahaja perniagaan, keluarga, single terbaharu dan apa sahaja segalanya akan dimuat naik di dalam ‘channel’ nya. Turut tular baru-baru ini nilai pendapatan akaun YouTube milik usahawan ini dianggarkan kini mampu mencecah lebih dari RM200,000 sebulan!

6Tya Arifin

Menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin turut mempunyai akaun Instagram nya sendiri. Selain dari berkongsi tips rumahtangga dan keluarga, siapa sangka Tya begitu rajin memasak sehingga ada kalanya Siti turut belajar beberapa resipi dari menantu nya ini.

Malah keletah anak-anaknya Arif Jiwa Asyraf dan Azzahra Jiwa Asyraf juga cukup menghiburkan! Hampir setiap video yang dimuatnaik Tya mempunyai lebih dari 200 ribu penonton. Wow!

5Sheila Rusly

Biarpun sering kali sibuk dengan tugasnya sebagai seorang ibu, pelakon dan juga pengarah, Sheila Rusly juga aktif memuat naik video rutin hariannya di laman Instagram. Jika tidak di set penggambaran, sudah pasti dapur Sheila menjadi ‘set lokasi’ pelakon ini bagi berkongsi apa jua resipi masakan.

Jangan tidak tahu, kebanyakan resipi ini merupakan koleksi resipi asli Sheila yang juga sebelum ini sinonim dengan rancangan masakan ketuk-ketuk ramadan. Alhamdulillah!

4Datin Vivy Yusof

Ini adalah kegemaran kami! Hampir setiap video yang dimuat naik oleh Datin Vivy Yusof akan ditonton kami. Bukan sahaja menarik, malah boleh dikatakan kebanyakan video-video Vivy juga ‘very informative’ terutamanya bab hal kekeluargaan. Konsep yang digunakan Vivy seperti Vlog yang santai antara faktor mengapa ramai suka menonton video-video yang dimuatnaik usahawan terkenal ini.

‘Barisan pelakon’ nya juga terdiri daripada suaminya sendiri Dato’ Fadzarudin Anuar dan anak-anak Daniel Azim Shah, 5, Mariam Iman Shah, 3 dan Sarah Ilham Shah yang lahir pada Oktober tahun lalu.

3Athisha Khan

Tempias populariti kakaknya, Neelofa turut ‘terkena’ pada Athisha Khan. Selebriti media sosial ini kini telah menetap di United Kingdom bagi melanjutkan pelajarannya di University of Birmingham.

Anak ketujuh dari sembilan adik-beradik ini sering kali berkongsi pelbagai tips di ‘channel’ nya sendiri dan turut berinteraksi bersama pengikutnya yang kini mencecah lebih dari 143 ribu pengikut. Malah kadang kala, Athisha turut memuat naik video bersama ibu dan adik-beradiknya.

2Ain Edruce

Selebriti verstail NurulAin Bt Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce merupakan antara nama selebriti yang hangat diperkatakan pada gara-gara sikapnya yang dikatakan ‘gila-gila’. Selepas bergelar pengacara dan juga pelakon, Ain juga kini bergelar seorang pelawak dan aksi-aksi ‘selamba’ nya itu boleh ditonton di platform YouTube miliknya.

Sama seperti Datuk Seri Aliff Syukri, video-video koleksinya juga sering kali tular dan trending di media sosial sehingga diiktiraf oleh pihak YouTube sendiri baru-baru ini. Tahniah Ain!

1The UK Family

Rasanya, kisah keluarga ini, The Family UK yang kini menetap di Birmingham, United Kingdom (UK) ini tidak perlu diperkenalkan lagi.

Sejak dahulu lagi, keletah dan gelagat tiga beradik, Fatimah, Ali dan Omar yang  fasih ‘kecek kelate’ hasil didikan ibu bapanya sememangnya menghiburkan! Lebih mengagumkan, Fatimah juga fasih bahasa Thailand dan bahasa Inggeris. Selain Instagram, anda juga boleh menonton video-video mereka di laman YouTube !