Pra pembukaan Skytropolis Funland pada Disember tahun lepas telah memberi satu nafas baharu kepada hiburan di Resort World Genting selepas ia ditutup hampir setahun enam bulan. Sejak ia kembali dibuka, Skytropolis Funland berjaya menarik ribuan pengunjung ke resort itu.

IKLAN

Tidak dinafikan taman tema tertutup yang baharu diubahsuai itu merupakan pintu gerbang kepada dimensi baru keseronokan, yang bakal membawa para pengunjung dalam pengembaraan mendebarkan, permainan penuh adrenalin dan dunia serba baru. Daripada pintu masuk dihiasi roda bergigi yang bergerak hingga ke ribuan lampu berwarna-warna, setiap inci taman tema tertutup itu menjanjikan keseronokan paling maksimum.

Taman tema tertutup Skytropolis Funland setinggi empat tingkat terletak dipenuhi dengan warna-warni dan keceriaan. Dilengkapi skrin LED mega pada dinding dan siling (lebih daripada 50 meter Panjang) yang menerangi taman tema itu, Skytropolis serba baharu menjanjikan saat tidak dapat dilupakan buat seisi keluarga. Buat permulaan 13 permainan telah diperkenalkan dan akan disusuli dengan sembilan lagi. Berkeluasan 400,000 kaki persegi, taman tema tertutup itu memiliki pusat hiper realiti The VOID, Imaginatrix permainan realiti maya dan Big Top Games Park.

“Kami sentiasa berusaha mencari jalan untuk membuat para tetamu teruja dan kagum dengan pengalaman baharu di resort ini, dan dengan pembukaan Skytropolis Funland, kami berjaya dalam mewujudkan suasana itu yang membolehkan kanak-kanak, orang dewasa dan seisi keluarga bergembira pada bila-bila masa sepanjang tahun,” kata Brian Machamer, Naib Presiden Kanan Bahagian Taman Tema, Resorts World Genting.

Tambah beliau, “Kami telah melabur lebih daripada RM300 juta untuk mengubahsuai semula taman tema tertutup ini dan kami tahu ia akan membuatkan para pelanggan teruja. Kami juga memperkenalkan tujuh permainan baharu termasuk Power Surge, Disco!, Sky Towers, Spin Crazy, Bumper Boss, Boo Boo Bump, Tea Cups dan Balloon Race buat pertama kali untuk para pengunjung merasainya. “

Dikenali sebagai Taman Tema Tertutup First World sebelum itu, ia menerima lebih daripada 20 juta pengunjung dengan lebih 1,000,000 tiket dijual setahun sebelum ia ditutup pada tahun 2017.

BACA  Usahawan Berlian, Laniado Maut Ketika Pembedahan Alat Sulit

Ia merupakan taman tema yang dibina ke hadapan daripada masanya dengan tarikan seperti SkyVenture, mesin simulator terjun udara bebas yang pertama seumpamanya di Asia pada masa itu. Dibawah Pelan Pelancongan Bersepadu Genting (GITP) untuk membangunkan semula Resorts World Genting, Taman Tema Tertutup terkandung dalam rancangan untuk menjadi sebahagian daripada pelan naiktaraf memberi wajah dan nafas baharu yang dibangunkan oleh pihak resort.Perubahan itu membolehkan pihak resort menawarkan ‘Taman Keriangan’ baharu buat semua peringkat umur untuk bergembira.

Nikmati lonjakan adrenalin atau bergembira bersama keluarga dengan pemainan menarik

Dibahagikan kepada kategori Kanak-kanak, Keluarga dan Keseronokan, setiap permainan telah direka khas dengan gabungan suasana penuh warna-warni. Buat kanak-kanak mereka boleh bermula dengan Ride ‘Em Round, merupakan satu permainan klasik menampilkan patung-patung gajah, singa dan kuda berpusing. Mereka kemudian boleh mencuba permainan seterusnya iaitu Whirly Bugs, dimana kanak-kanak akan duduk di dalam sebuah pod menyerupai haiwan dan berputar mengelilinginya. Boo Boo Bump pula merupakan permainan klasik bumper car manakala Loop De Loop merupakan permainan berputar yang pasti akan memberi keriangan. Permainan Jumping Spurs yang mesra kanak-kanak dijangka dipasang tidak lama lagi.

BACA  Noorul Depp Terjatuh Di Dalam Bilik Air Ketika Sarat Hamil

Orang dewasa turut tidak dilupakan dengan pelbagai permainan yang sesuai menanti seisi keluarga. Pertama, mulakan dengan Copper Express keretapi vintaj yang lengkap dengan enjin stim, kepulan asap dan lampu kepala melalui trek sepanjang 61 meter yang akan memberikan pemandangan sekitar Skytropolis Funland. Terdapat juga permainan Space Cadets yang membawa anda sekitar alam semesta dan mengelilingi sistem solar. Antara lain termasuk permainan Royal Carousel dan sertai Phileas Fogg dalam pengembaraan beliau dalam Around the World in 80 Days dalam perlumbaan belon. Akan datang tidak lama lagi adalah permainan Tea Cups yang akan membawa anda mengelilingi taman tema dengan permandangan dari atas sesuai untuk seisi keluarga, Chariot Cruise yang membawa pelawat mengelilingi taman tema dan Soaring Ships yang menawarkan permandangan yang boleh dinikmati dengan seisi keluarga.

BACA  'Esok Kahwin, Barang Hantaran Tak Sampai Lagi'- Vivy Yusuf Jawab Aduan Pelanggan

Buat mereka yang mempunyai jiwa kental, boleh mencuba permainan Thrill, yang pasti akan membuatkan adrenalin melonjak. Bermula dengan mencuba permainaan bumper car bersaiz besar di dalam Bumper Boss. Sky Tower pula akan membawa pengunjung naik hingga ke puncak Menara Art Deco dengan santai dan kemudian turun pada kelajuan tinggi. Disco! pula pasti akan membuatkan anda berpusing-pusing di dalam bola disko di atas trek rollercoaster manakala Spin Crazy akan memberi perspektif berbeza menggunakan pergerakan atas, bawah, kiri dan kanan dalam sudut 360 darjah di udara sekitar paksi. Lebih banyak permainan dijangka ditambah tidak lama lagi termasuk Stormy Voyage.

Bagi melengkap tema sarkas yang dibawa, Skytropolis turut akan memperkenalkan Highlands Heroes pada 2019 termasuk Joe the Orangutan, Tabby the Tiger, Allie the Elephant , Geno the Dinosaur, Bennie the Sun Bear dan Callie the Dragon yang akan menyambut pengunjung di pintu masuk. Maskot itu semua akan menjadi wajah-wajah dikenali di Skytropolis Funland. Mereka juga akan terlibat untuk membuatkan pengunjung gembira untuk tahun ini.