Julai yang cukup bermakna buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar apabila terdapat beberapa peristiwa penting terjadi pada bulan ini.

Tengku Puteri Iman Selamat Lahirkan Seorang Putera 

Bukan sahaja bakal ditabalkan sebagai Agong dan Raja Permaisuri Agong yang baharu, malah Sultan Abdullah juga akan menyambut hari keputeraannya yang ke-60 pada hari yang sama. Tidak cukup dengan itu, semalam baginda berdua cukup gembira apabila menimang seorang cucu lelaki apabila Puteri Seri Paduka, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah telah selamat melahirkan puteranya pagi semalam.

Tunku Azizah Kongsi Gambar Cucu Ketiga 

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Tunku Azizah menerusi laman Twitter nya. Selain Tunku Azizah, beberapa kerabat diraja yang lain termasuk Tengku Puteri Iman turut berkongsi gambar putera sulungnya.

“Welcome to the world …my grandson no 3 .. Iman selamat melahirkan anak lelaki pagi tadi…alhamdulillah,” tulis Tunku Azizah

Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan, 27 telah disatukan dengan pasangan pilihannya, Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif,33 pada 24 Ogos 2018.