Mungkin sebelum ini jenama A&S kurang dikenali namun kini selepas mengeluarkan beberapa produk dengan inovasi terbaru, jenama berasal dari China ini telah diterima rakyat Malaysia dan beberapa negara lain.

Baru-baru ini, bertempat di Pullman Hotel, Kuala Lumpur, A&S telah memperkenalkan Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, sebuah pembersih vakum pelbagai guna yang boleh dimiliki oleh rakyat Malaysia bermula Julai 2019 ini.

Ia merupakan sebuah inovasi yang diketuai oleh Neatsvor dan A&S, Pembersih Vakum Robotik Neatsvor oleh A&S ini mampu melakukan kerja-kerja pembersihan termasuk menyapu dan membersihkan lantai. Dengan teknologi super canggih ini, ia mampu melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa.

Pembersih Vakum Robotik Neatsvor oleh A&S ini datang dalam 2 model, A&S by Neatsvor V390 Robotic Cleaner Robot dan A&S by Neatsvor X500 Robotic Cleaner Vacuum.

Kedua-duanya adalah pembersih vakum robot pelbagai fungsi yang sangat berkesan.

Dengan berat sekitar 2kg, ia mempunyai ciri-ciri menarik seperti penyapu atau penyeret pintar, mop, pengecasan automatik, perancangan pintar dan kawalan wifi. Ia boleh menyesuaikan kuasa sedutannya secara automatik, mengikut mod pembersihan yang berbeza.

A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100

Selain itu, A&S juga melancarkan A&S Pembersih Hampagas Tanpa Kord S100 dan A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100. Dengan seberat 1.41 kg, A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100 mempunyai kuasa sedutan yang kuat iaitu sekitar 8,000 pa dengan fungsi sentuhan, penapis HEPA dan tanpa kord.

Diskaun Hebat Pada Hari A&S Hanya Berlangsung 2 Jam

Sempena Hari A&S pada 29 Julai 2019 (Isnin), pelanggan A&S boleh mendapat diskaun sehingga 70% terhadap beberapa produk dari A&S.

Anda boleh membeli A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100 dengan harga serendah RM279 (Harga biasa RM799), A&S by Neatsvor X500 Robotic Cleaner Vacuum dengan harga RM 829 (Harga biasa RM1,799) dan A&S by Neatsvor V390 Robotic Cleaner Robot yang berharga RM1,299 ditawarkan dengan harga serendah RM629. Murah kan? 

Selain pembersih vakum, pelanggan juga akan menikmati pengurangan hebat pada pembelian mesin basuh dan soundbar.

Harga bermula serendah RM99 dan A&S menawarkan penghantaran percuma kepada pelanggan yang membeli soundbar. Tawaran Mega Jenama A&S akan berlangsung dari  dari jam 12 tengahari hingga 2 petang pada 29 Julai. Dalam masa 2 jam ini , jangan lepaskan peluang keemasan ini! Untuk maklumat lanjut, layari kedai A&S di Lazada.