Setelah menjalani transformasi sepenuhnya sejak Disember 2013, taman tema Genting yang akan dikelolakan oleh Resort World Genting memberikan satu khabar gembira apabila taman tema terkenal itu bakal dbuka tidak lama lagi.

Bakal Dibuka Pada 2020 

Biarpun sebelum ini penjenamaan taman tema itu kepada 20th Century Fox World Malaysia mengalami sedikit isu namun satu penyelesaian telah dimeterai diantara Genting Malaysia dan 20th Century Fox bersama pihak-pihak lain. Malah taman tema versi ‘outdoor’ ini khabarnya bakal dibuka menjelang tahun 2020.

Ihsan google

Nama Rasmi Masih Dalam Perbincangan 

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa taman tema ini akan dibuka lebih awal iaitu pada bulan ini namun berikutan isu penjenamaan itu masih lagi dalam perbincangan, ianya hanya akan dibuka pada tahun hadapan dan nama bagi taman tema itu masih lagi belum dapat dipastikan secara rasmi.

Sehingga kini, proses pengubahsuaian taman tema Genting di dalam bangunan telah siap sepenuhnya dimana terdapat beberapa tarikan seperti Skytropolis dan kereta kabel yang dinaik taraf kini mencuri perhatian pengunjung dengan keunikannya tersendiri. Dengan khabar gembira ini, kami pasti ramai yang teruja untuk ‘kembali’ di Genting Highland!