Penangan Old Town Road, lagu dendangan Lil Nas X itu mencapai pelbagai rekod peribadinya yang cukup membanggakan. Malah lagu hit bergenre “Country-Trap” itu turut mempunyai versi duet bersama bapa Miley Cyrus, Billy Ray Cyrus.

Rampas Rekod Mariah Carey 

Terbaharu, lagu itu kini secara rasminya menjadi sebagai lagu teratas paling lama di carta Billboard Hot 100. Dengan pencapaian itu, ianya sekaligus merampas takhta rekod 24 tabun yang selama ini dipegang oleh bintang pop diva terkenal, Mariah Carey.

Bertahan Selama 17 Minggu 

Selain lagu Mariah bersama Boyz II Men menerusi lagu hit “One Sweet Day” pada 1995, rekod itu turut dipegang oleh “Despacito ” yang dinyanyikan oleh Luis Fonsi, Daddy Yankee bersama Justin Bieber yang terikat dengan rekod sama iaitu selama 17 minggu dalam carta. Bangga dengan pencapaian yang telah dipecah oleh Lil Nas X, Mariah menerusi laman Twitter nya turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu bersama sebuah gambar yang menarik perhatian ramai peminat.

Dalam gambar itu memperlihatkan Mariah memegang obor dan ingin menyerahkan kepada penyanyi itu seolah-olah seperti simbolik kepada rekod tersebut