Selepas kejayaan lagu ‘Bangun’ Aman RA sekali lagi cuba mencuri perhatian dengan memperkenalkan single baharu yang berjudul “Berada”.

Single Kelima

Lagu ini merupakan single kelima selepas pelancaran single “Yedowh”, “Tabah”, “Malu Tanya Sesat” dan juga “Bangun” yang terkandung di dalam album sulungnya “REBEL” yang telah di keluarkan pada bulan August 2018 bersempena symbolik (1.8.18).

Gabung Tiga Artis Dalam 1 Lagu 

Menariknya mengenai single kali ini, ianya telah mengabungkan tiga rakan artis iaitu Altimet, Noh Salleh dan Aman RA mencerminkan perjalanan hidup mereka dan latar belakang yang agak berlainan tetapi dalam setiap cabaran dan setiap kenangan ajaran yang mereka terima adalah perasaan bersyukur walau apa jua keadaan.

Lagu yang berunsurkan pengajaraan ini juga mengunakan “wordplay” perkataan Berada (berharta), Berada (kedudukan) dan Brader (Persaudaraan). Video muzik rasmi yang di terbitkan bulan May dan Jun 2019 telah sedikit sebanyak mengimbas kembali cabaran hidup yang mereka telah lalui dan kasih sayang dan dorongan yang telah di terima oleh Tuhan, kaum keluarga dan rakan-rakan. Imbasan inilah yang mengingkatkan mereka untuk sentiasa berterimakasih dan berendah diri. Tahniah Aman RA!