Sungguh kejam! Begitulah yang boleh digambarkan terhadap kes pembunuhan yang menimpa seorang Instafamous ini yang berasal dari Rusia, Ekaterina Karaglanova.

Wanita cantik ini adalah seorang instafamous yang memiliki 91 ribu lebih followers (pengikut), dan baru saja tamat pengajian dalam Ijazah Kedoktoran.

Menurut BBC, pihak polis menyebut jenazah Ekaterina Karaglanova ditemui di dalam sebuah beg pakaian, di apartmen yang dia sewa di Moscow, pada 26 Julai lalu.

Foto Instagram: Karaglanova

Pada tubuh wanita berusia 24 tahun tersebut, terdapat kesan-kesan luka yang disebabkan benda tajam. Kematian wanita cantik ini disedari selepas keluarganya mensyaki sesuatu buruk berlaku. Ini kerana Ekaterina sudah berhari-hari tidak menghubungi keluarga.

Padahal, Ekaterina Karaglanova sebenarnya merancang untuk bercuti ke Jerman untuk meraikan ulang tahunnya yang jatuh pada 30 Julai yang lalu.

Ibu bapa Ekaterina Karaglanova lantas terus mendapatkan akses untuk masuk ke apartmen gadis ini. Di sana, ayah mangsa menemui beg yang terletak di satu sudut dirumahnya. Saat dibuka, isinya ternyata jenazah Ekaterina dengan kesan kelar dileher.

Polis mengesahkan tidak ada tanda-tanda pergelutan di apartmen ini. Polis juga menyebut ada kemungkinan cemburu menjadi motif di sebalik pembunuhan ini.

Rakaman dari kamera CCTV menunjukkan bekas kekasih mangsa sempat berkunjung beberapa hari sebelum Ekaterina Karaglanova menghilang. Namun, kes ini masih dalam siasatan dan tidak menyebut mana-mana pihak.