Baru-baru ini, penyanyi wanita tersohor tanah air Dayang Nurfaizah telah mengadakan konsert Dayang Dua Dekad di Istana Budaya. Konsert itu dibuat Dayang bersempena dengan ulangtahun ke-20 penyanyi itu di dalam industri hiburan dan juga sebagai hadiah buat peminat-peminat.

Siti Nurhaliza Anggap Masing-Masing Punyai Kelebihan Tersendiri 

Biarpun begitu,disebalik kejayaan Dayang menganjurkan konsert berkenaan terdapat segelintir netizen cuba membandingkan kejayaan konsert Dayang dengan Konsert Siti Nurhaliza On Tour pada Mac Lalu yang mana mereka mendakwa perjalanan konsert Dayang jauh lebih lancar daripada konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menjelaskan lebih lanjut mengenai itu, Siti beranggapan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Bangga Dengan Kejayaan Dayang

Malah menurut pelantun Anta Permana itu, dia begitu gembira dengan kejayaan Dayang apatah lagi sebagai rakan di dalam industri yang sama. Soal peminat saling bertelagah mengenai kejayaan kedua-dua konsert itu, Siti mengharapkan agar semua peminatnya bersikap positif dan jangan terlalu emosi kerana masing-masing mempunyai pandangan mereka sendiri.

“Sebenarnya tak baguslah jadi batu api kan. Saya sebenarnya sangat bangga dengan kejayaan Dayang apatah lagi dengan penganjuran konsert beliau baru -baru ini. Soal siapa yang lebih bagus itu terletak pada peminat untuk menilai kerana masing-masing punyai pandangan tersendiri malah kami berdua juga punyai kelebihan masing-masing. Saya pun tak ada letak syarat kepada peminat saya untuk hanya menyokong saya sahaja kerana mereka bebas untuk menyokong mana-mana artis jadi saya harapkan peminat akan lebih positif”

Siti ditemui Hangat.com baru-baru ini di majlis sidang media SimplySiti X Shopee yang mana dalam majlis itu Siti turut mengumumkan bakal mengadakan mini konsertnya pada September kelak yang akan menghimpunkan seramai 2000 orang peminatnya.