Masih lagi memperkatakan mengenai Hari Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong yang menyaksikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditabalkan sebagai Agong yang ke-16.

Al-Sultan Abdullah Terima Kejutan 

Susulan daripada itu Majlis Santapan Diraja turut diadakan dan satu kejutan telah diadakan di Istana Negara bagi meraikan Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah yang ke-60. Kejutan itu berlangsung ketika Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersedia untuk berangkat pulang bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha selepas selesai menghadiri majlis itu yang mana penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah dan anak-anak Permata Seni Koir dan tetamu yang hadir telah menyanyikan lagu ‘Allah Selamatkan Tuanku.

Mengiringi lagu itu, Seri Paduka turut dipersembahkan kek gergasi berbentuk singgahsana dan lebih manis, Tunku Azizah berkenan menyuapkan kek kepada Seri Paduka. Rata-rata pengguna media sosial bukan sahaja memuji kemesraan baginda berdua malah kek tersebut turut mencuri perhatian.

Kek Singgahsana Curi Perhatian 

Menerusi carian kami, kek tersebut telah dihias oleh Anies Bake House yang sememangnya pakar dalam menghias dan menerima tempahan pelbagai jenis kek dari golongan VVIP. Menurut Anies menerusi laman Instagram nya, dia berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan kek tersebut. Akuinya bukan mudah untuk menyiapkan kek tersebut apatah lagi memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi. Namun berkat kerjasama bersama pasukannya, kek tersebut dapat dipersembahkan buat Seri Paduka.

View this post on Instagram

Untuk pengetahuan semua, kek yg Anies buat cuma bahagian atas sahaja iaitu buttervanilla dan yg paling special, kek yg paling besar bersaiz 30inch x 38inch ini adalah dari Tuanku Permaisuri sendiri untuk santapan Tuanku Agong sempena Hari Ulangtahun yg ke 60. Tak dapat jumpa Tuanku Permaisuri, dapat pegang kek buah special Tuanku pun dah syukur sangat.🤲🤲🤲🤗🤗 Manalah tahu satu hari nanti dapat deco cake bersama Tuanku Permaisuri pulak😊😊😊. Sweetnya tengok Tuanku Permaisuri suapkan kek utk Tuanku. Touching pulak😁. Daulat Tuanku!😊 #daulattuanku #AGONG16 #aniesbakehouse #tunkuazizah #royalfamily #nonathequeen #queenofmalaysia #kingofmalaysia #istananegara

A post shared by ANIES BAKE HOUSE_CYBERJAYA (@aniesbakehouse) on

Dedah Anies lagi, di bahagian bawah kek itu sebenarnya merupakan air tangan Tunku Azizah sendiri dan dia hanya menyiapkan bahagian atas kek dengan hiasan singgahsana yang dapat perhatian ramai. Rata-rata pengikut media sosial turut memuji kekemasan kek tersebut selain mengagumi bakatnya.