Sebelum ini menerusi laporan kami terdahulu, hangat memperkatakan mengenai sebuah foto bogel yang tular di media sosial yang dikatakan mirip seorang penyanyi lelaki terkenal, Faizal Tahir.

Serahkan Pada Netizen Untuk Menilai 

Menjelaskan dakwaan tersebut, Faizal ketika ditemui Hangat.com di majlis pelancaran album Rojak yang berlangsung di Warner Music, Damansara baru-baru ini tidak mengesahkan atau menafikan gambar kontroversi terbabit itu dirinya atau tidak. Malah penyanyi ini lebih selesa untuk menyerahkan penilaian tersebut kepada netizen kerana baginya tiada penjelasan diperlukan bagi isu tersebut.

“Kalau ini percubaan orang untuk mengganggu keharmonian rumah tangga saya, saya doakan yang baik-baik untuk orang itu. Saya rasa saya tak perlu jawab apa-apa sebab hanya isteri saya dan Allah yang tahu kebenarannya.

“Tiada siapa boleh menghukum saya. Saya tak rasa tertekan pun bila saya dapat tahu. Saya tak perlu jelaskan secara terperinci kepada sesiapa pun kerana yang lebih penting isteri saya tahu mengenai foto itu,”

Tiada Apa Perlu Disorokkan 

Tegas Faizal lagi,tiada apa yang perlu disorokkan sambil menjelaskan gambar tersebut bukanlah disebarkan olehnya sendiri

“Saya dah berusia 41 tahun dan banyak lagi benda lain yang lebih baik untuk dikongsi. Biarlah netizen untik membuat penilaian sendiri sama ada gambar itu mirip saya atau tidak.

“Terpulang kalau orang kata ia saya, saya tiada apa untuk disorokkan. Yang penting foto itu bukan disebarkan oleh saya dan kalau siapa yang menantikan gambar seperti itu, nikmatilah ia!,” katanya berseloroh.

Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa foto bogel tersebut asli dan tidak kurang juga ada yang mempertikaikannya. Selain Faizal, beberapa selebriti lelaki popular turut terpalit dengan isu yang sama.