Masih ingat dengan kapal mewah yang penuh dengan kontroversi, Equanimity? Umum mengetahui bahawa kapal mewah itu dikaitkan dengan isu politik negara malah turut dikategorikan sebagai kes berprofil tinggi. Kapal tersebut yang dipercayai milik ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low kini telah pun dikomersialkan buat mereka yang berminat.

Kylie Jenner Sambut Hari Lahir Atas Kapal Mewah 

Ini termasuklah buat bintang Hollywood terkenal, Kylie Jenner yang dikatakan telah menyewa kapal layar mewah berharga 1 Bilion itu bagi menyambut sambutan hari lahirnya yang ke-22 bulan ini.Menerusi laporan antarabangsa, Equanimity bakal menjadi lokasi mewah untuk sambutan ulang tahun buat keluarga besar Kardashian bersama 20 lagi tetamu jemputannya.

Belanja RM5 Juta 

Lebih mengejutkan, usahawan muda itu turut membelanja sebanyak RM5 juta bagi sambutan hari lahirnya itu yang dikhabarkan akan diadakan dalam serba mewah. Menariknya lagi, mereka akan menghabiskan masa belayar di perairan timur tengah dengan berparti dan berjemur selama seminggu di atas kapal layar itu yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti memuatkan 10 buah kabin, sauna, helipad, salon, jakuzi, panggung wayang dan kolam renang.