Lazimnya apabila sebuah pernikahan berakhir dengan perceraian, ramai yang mengambil keputusan untuk tidak mahu bernikah lagi. Apalagi jika mencintai seseorang akan terasa lebih sukar jika sebelumnya cinta itu berakhir pahit.

Namun, 5 pelakon wanita Bollywood ini, rela menjadi isteri kedua untuk mengubati luka hati suaminya di mana pernikahan pertama gagal.

Berikut ini adalah senarai pelakon wanita Bollywood yang menjadi isteri kedua, setelah suaminya menduda dan dikecewakan oleh pernikahan pertama yang berakhir dengan kegagalan.

Siapa saja artis Bollywod yang rela jadi isteri kedua?

1Kareena Kapoor 

Saif telah bernikah sengan Amrita Singh pada tahun 1991.

Kareena Kapoor menjadi isteri kedua Saif Ali Khan setelah pernikahan pertama Saif dengan Amrita berakhir dengan perceraian.

Sebelum bernikah dengan Kareena, Saif telah bernikah sengan Amrita Singh pada tahun 1991. Pada ketika itu, Saif Ali Khan belum lagi masuk dalam dunia Bollywood, dan pernikahan mereka sempat dihalang kerana Amrita jauh lebih tua dari Saif.

Malangnya, pernikahan mereka harus berakhir dengan perceraian di tahun 2004. Agak bertahun-tahun Saif untuk membuka semula hatinya untuk bercinta. Hingga kemudian, tahun 2007 dia mula jatuh cinta kepadaKareena Kapoor.

Kareena juga rapat dengan Sara dan Ibrahim, dua orang anak Saif dari pernikahannya dengan Amrita.

Kareena juga rapat dengan Sara dan Ibrahim, dua orang anak Saif dari pernikahannya dengan Amrita. Setelah menjalinkan hubungan cinta yang lama, akhirnya Kareena mampu meyakinkan Saif untuk kembali percaya dengan cinta dan pernikahan.

Hingga mereka pun berkahwin pada tahun 2012. Mereka kini telah dikurniakan anak lelaki bernama Taimur Ali Pataudi Khan.

2Sridevi Kapoor

Sridevi menjadi isteri kedua seorang penerbit filem Bollywood Boney Kapoo

Seperti mana yang kita ketahui, pelakon handalan Bollywood, Sridevi Kapoor meninggal dunia pada Februari, 2018 akibat serangan jantung.

Ketika dia masih hidup, Sridevi menjadi isteri kedua seorang penerbit filem Bollywood Boney Kapoo, yang sebelumnya pernah menikah selama 8 tahun namun bercerai. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak perempuan bernama Jhanvi dan Khushi.

3Shilpa Shetty

Shilpa Shetty dan Raj berkahwin pada tahun 2009 kemudian dikurniakan seorang anak lelaki bernama Viaan.

Raj Kundra adalah seorang usahawan yang terdahulu berkahwin dengan seorang wanita bernama Kavita. Pernikahan mereka berakhir pada tahun 2006.

3 tahun kemudian, Raj melamar Shilpa Shetty, pelakon terkenal menerusi wataknya dalam filem Dhadkan ini, berjaya menjadikan pernikahan kedua Raj hal yang paling membahagiakan. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Viaan.

4Rani Mukerji

Aditya Chopra merupakan penerbit filem yang sering bekerjasama dengan Rani Mukerji. Terdahulu, Aditya berkahwin dengan isteri pertamanya Payal Chopra seorang pereka dalaman pada tahun 2001. Malangnya perkahwinan tersebut harus berakhir dengan perceraian di tahun 2009.

Setelah bercerai dengan Payal, Aditya mulai mendekati Rani Mukerji. Pasanagn ini bernikah di Itali pada tahun 2014, dan telah dikurniakan anak perempuan bernama Adira.

5Kiran Rao (isteri Amir Khan)

Aamir Khan bernikah untuk kedua kalinya dengan Kiran Rao.

Sebelum bertemu dengan Kiran Rao, Aamir Khan berkahwin dengan kekasihnya sejak masa kecil Reena selama 15 tahun. Yakni dari tahun 1987 hingga tahun 2002. Mereka memiliki dua anak Junaid dan Ira.

3 tahun kemudian, Aamir Khan bernikah untuk kedua kalinya dengan Kiran Rao. Mereka telah dikurniakan seorang anak bernama Azad yang dilahirkan melalui ibu pengganti.