Cukup dengan dua hits, Ddu-Ddu-Dddu dan Kill This Love kumpulan penyanyi wanita Korea iaitu Blackpink terus popular dengan pelbagai kejayaan menerusi dua buah single itu.

7 Bilion Tontonan 

Bukan itu sahaja, populariti setiap ahli kumpulan Blackpink yang dianggotai oleh Jenni, Lisa,Rose dan Jisoo turut meningkat secara mendadak. Sebagai info, Lisa kini merupakan selebriti Korea yang mempunyai pengikut paling ramai di Instagram yang berjumlah lebih dari 23 juta pengikut.

Terbaharu, mengikuti perkembangan kumpulan penyanyi wanita popular ini, rekod baharu telah dicipta yang mana Blackpink kini diiktiraf sebagai kumpulan penyanyi wanita yang mendapat jumlah tontonan tertinggi di atas platform. Secara keseluruhannya, Blackpink telah mencatat sebanyak 7 Bilion jumlah tontonan.

Samsung Lancar Set A80 Blackpink Edisi Khas 

Dalam perkembangan lain, penangan populariti kumpulan ini Samsung telah menghasilkan satu set eksklusif barangan edisi terhad model terbaharu keluaran syarikat ini, Galaxy A80 BLACKPINK Special Edition. Dalam set ini, peminat bukan sahaja akan mendapat telefon bimbit A80 terbaharu yang berwarna hitam dan merah jambu, sebaliknya Galaxy Watch Active dan Galaxy Bud juga direka mengikut tema kumpulan itu.