Pada Ahad baru-baru ini, industri hiburan dunia dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan selebriti terkenal, Liam Hemsworth dan Miley Cyrus. Lebih menyedihkan, Liam mengumumkan khabar berita itu beberapa jam sebelum ulang tahun kelahirannya ke-29.

Gambar Bercium Tular 

Perkahwinan pasangan ini dikatakan hanya mampu bertahan selama 8 bulan selepas berkahwin secara rahsia pada 23 Disember 2018.

Ketika ramai yang tertanya apakah punca pasangan ini berpisah, muncul sebuah foto panas yang tular di media sosial memperlihatkan Miley sedang bercumbu dengan seorang wanita bernama Kaitlynn Carter.

Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Wrecking Ball itu kini sedang seronok bercuti bersama wanita itu di Pulau Como, Itali.

Liam Luang Masa Bersama Abang 

Dalam perkembangan lain, Liam kini berada di rumah abangnya, Chris Hemsworth di Australia bagi membendung kesedihan susulan daripada penceraiannya. Malah impian aktor itu untuk membina keluarga dan mempunyai anak bersama Miley juga sudah musnah begitu sahaja.