Sebelum ini, ramai yang sedia maklum bahawa penyanyi Elyana telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang dikenali sebagai Tulus pada penghujung tahun lalu. Namun atas beberapa faktor, penyanyi ini dengan berat hati terpaksa memulangkan semula Tulus pada keluarganya semula.

Elyana Kongsi Gambar Anak Perempuan Kedua 

Terbaharu, menerusi perkongsian yang dibuat Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emriza di laman Instagram nya mencetuskan persoalan dikalangan peminat. Dalam perkongsian itu, terlihat Elyana memegang erat seorang bayi comel di pangkuannya dan turut menulis sebuah status yang menyatakan bahawa bayi itu adalah anak perempuannya yang kedua.

Peminat Doakan Yang Terbaik 

Malah di halaman Insta-Story nya pula, Elyana juga telah berkongsi beberapa buah video dan gambar Elyana sekeluarga bersama bayi itu.

Biarpun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, namun rata-rata peminat memuji kecomelan bayi perempuan itu selain mendoakan agar keluarga Elyana akan lebih bahagia dengan kehadirannya. Elyana telah mendirikan rumahtangga bersama Khairul Anuar Husin pada 2010. Hasil perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Cinta Sumayyah yang kini berusia lapan tahun.