Akaun media sosial digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab bukanlah isu baharu. Malah kebanyakan mangsa terdiri daripada selebriti terkenal termasuklah usahawan selebriti terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Akaun Instagram Nur Sajat Berjaya Dapatkan Semula 

Sebelum ini Sajat telah mendedahkan akaun Instagram rasminya @nursajat23 telah digodam pada Januari tahun ini sebelum mewujudkan akaun baharu yang dikenali sebagai @nursajadiah yang kini mempunyai lebih dari 300 ribu pengikut. Semalam, usahawan yang juga penyanyi ini mengumumkan bahawa akaun nya sebelum ini telah berjaya didapatkan semula.

Gembira Dan Bersyukur 

Menurut Sajat, dia berasa bersyukur dan gembira kerana akaun nya itu yang mempunyai lebih dari 1 juta pengikut telah berjaya dapatkan semula.

Terdahulu, Sajat menggunakan akaun itu sebagai salah satu platform berkongsi promosi perniagaannya. Rata-rata pengikut usahawan itu turut berasa gembira selain mendoakan agar kejadian yang sama tidak akan berulang begitu. Jangan mengata!