Sebelum ini antara kumpulan atau penyanyi yang pernah mengumumkan ‘hiatus’ ataupun berehat untuk tempoh seketika daripada dunia hiburan adalah kumpulan Blue, Westlife, Fifth Harmony, Ed Sheeran dan ramai lagi.

BTS Umum Berundur Seketika 

Terbaharu, mengejutkan peminat di seluruh dunia kumpulan penyanyi lelaki Korea paling popular, BTS telah mengumumkan untuk membuat keputusan yang sama. Pengumuman yang dibuat menerusi laman Twitter agensi pengurusan mereka iaitu Big Hit Entertainment bakal menyaksikan kumpulan ini bakal berehat untuk tempoh yang panjang daripada industri muzik.

Mahu Diberikan Ruang 

Menurut pihak pengurusan kumpulan itu, persembahan terakhir BTS itu telah berlangsung pada Ahad baru-baru ini bersempena dengan konsert Lotte Duty Family Free. Sebagai info, ini adalah pertama kali kumpulan ini berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Big Hit Entertainment turut mengharapkan agar peminat memberikan ruang buat ahli kumpulan ini untuk bercuti dan tidak menganggu privasi mereka selain menjanjikan BTS akan kembali dengan sesuatu yang lebih menarik pada masa akan datang.