Setelah hampir sedekad SIMPLYSITI menerajui industri kecantikan HALAL di pasaran tempatan, kini SIMPLYSITI melebarkan sayapnya ke pasaran Indonesia. Baru-baru ini, sebuah majlis pelancaran SIMPLYSITI yang diberi nama “Arisan SIMPLYSITI” telah diadakan di Rumah Maroko, Jakarta Pusat.

Disambut Meriah 

Majlis disambut meriah dengan kahadiran para tetamu yang terdiri daripada para media, artis-artis terkenal dan digital influencer Indonesia seperti Tya Kanna Mirdad, Putri Caya, Harumi Sudrajat, Hellua Puspoyo, Indah Nada Puspita, Alexandra Asmasoebrata serta ramai lagi.

Anggap Indonesia Seperti Rumah Kedua 

SIMPLYSITI diperkenalkan kepada para tetamu yang hadir melalui sebuah trunk show rangkaian produk SIMPLYSITI yang dipersembahkan oleh para model. Menurut Presiden SIMPLYSITI, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Indonesia sudah seperti rumah keduanya.

Tak terhitung sudah berapa kali beliau ke Indonesia sama ada atas urusan karier nyanyian, perniagaan mahupun peribadi. Jalinan hubungan baik beliau dengan warga Indonesia telah terjalin sejak awal kariernya lagi, melahirkan satu keinginan dan impian yang besar baginya untuk memasarkan produk beliau ke Indonesia.

“Setiap wanita Indonesia memang dilahirkan cantik, baik dari hati mahupun paras
rupanya. Berbekalkan dengan keyakinan itu, saya rasa terpanggil untuk membawa SIMPLYSITI ke Indonesia untuk membantu menyempurnakan lagi kecantikan wanita Indonesia. Saya berharap SIMPLYSITI dapat membantu memenuhi impian mereka. Oleh itu, perasmian SIMPLYSITI di Indonesia diiringi dengan slogan dan kempen “Selaraskan Cantikmu”,

Produk Halal

Menurut Siti, SIMPLYSITI dicipta khas untuk kaum hawa yang menginginkan produk kecantikan yang selamat, bertaraf antarabangsa dan sesuai untuk kulit wanita Asia malah turut menyatakan bahawa produk SIMPLYSITI merupakan produk Halalan Toyyiban yang bererti ianya dijamin HALAL, diperbuat daripada bahan berkualiti terbaik serta bebas dari bahan-bahan yang merbahaya dan terlarang.

Kini hasrat penyanyi ini untuk pasarkan produk nya di Indonesia telah pun tercapai. Tidak mustahil produk SIMPLYSITI akan dipasarkan di negara lain kelak. Tahniah Siti!