Nama-nama seperti Captain Marvel, Captain America, Black Widow dan para Avengers seangkatannya mungkin sudah sinonim dengan kebanyakan filem. Namun tahukah anda sebenarnya secara keseluruhannya Marvel mempunyai 8,000 watak! Ini bermakna buat masa kini, kita hanya diperkenalkan lebih kurang 2/10 daripada watak-watak di dalam komik mahupun filem Marvel.

7 Superhero Marvel Lain Yang Popular 

Biarpun begitu, suka untuk kami tampilkan kali ini watak 7 ‘superhero’ yang dikatakan popular selain dari para Avengers. Malah ada diantara watak ini bakal memulakan debut menerusi drama dan filem yang akan ditayangkan kelak mengikut perancangan Marvel Studios.

1Blue Marvel

Pada tahun 1960, seorang tentera laut US Adam Brashear telah menyedari bahawa dirinya mempunyai kuasa luar biasa lalu nekad untuk melindungi negara nya sebagai Blue Marvel! Ketika itu, dia menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia adalah seorang African-American yang mana menjadi isu sensitif buat warga Amerika. Karier nya sebagai Blue Marvel terhenti apabila Anti-Man telah mendedahkan etnik sebenarnya sehingga kerajaan memaksa nya untuk berhenti berkhidmat.

2Captain America (Sharon Rogers)

Jika mengikut jalan cerita yang lain, Captain America tidak pernah dibekukan dalam perang dunia kedua dan telah berkahwin dengan Agent Peggy Carter yang mana besar kemungkinan petunjuk ini telah ditayangkan di dalam Avengers : EndGame. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Sharon Rogers yang telah dilahirkan di Korea Selatan sewaktu Peggy ditugaskan di sana. Setelah Captain America dan Peggy bersara, Sharon meneruskan legasi ibubapanya dengan menjadi Captain America yang baharu dengan mempunyai senjata canggih serta perisai yang mampu menyerap kuasa dan tenaga musuh.

3Iron Fist

Watak ini terlebih dahulu mempunyai drama siri nya yang ditayangkan sekitar tahun 2017 hingga 2018 dan besar kemungkinan watak ini akan muncul dalam mana-mana filem terbitan Marvel pula.

Ketika Danny Rand beusia 10 tahun, dia terselamat dalam nahas kapal terbang selepas diselamatkan oleh pahlawan sami. Apabila meningkat dewasa, Danny mendapat tahu bahawa kekayaan keluarga nya telah diseleweng oleh seseorang. Dikatakan Danny juga mempunyai kebolehan istimewa yang dikenali dengan Iron Fist.

4Adam Warlock

Adam Warlock juga dikenali sebagai Him cukup popular dikalangan peminat. Kemunculannya juga dinanti-nantikan ramai. Mengikut sejarah asal, Adam merupakan penyimpan soul gem dan memberikan gem yang lain kepada o Pip, Gamora, Drax the Destroyer, Moondragon dan Thanos.

5Jubilee

Mengikut komik, Jubilee merupakan salah seorang anggota utama kumpulan X-Men. Namun jika di dalam filem, dia hanya membuat cameo menerusi X-Men Apocalypse. Kuasanya? Jubilee mampu bertukar menjadi asap selain mempunyai kebolehan pantas dan tenaga yang luar biasa.

6Gwenpool

Kisah Gwenpool bermula seperti tidak sengaja. Diinspirasikan dari Gwen Stacy yang popular menerusi filem Spiderman, Marvel telah mewujudkan Gwenpool. Malah kostum nya juga dibuat secara tidak sengaja apabila tukang jahir kostumnya telah tersalah baca mengenai borang yang diisinya lalu terhasilah kostum sama seperti Deadpool.

7Magik

Magik (Illyana Nikolievna Rasputina) merupakan seorang warganegara Rusia dan juga adik kepada anggota X-Men, Colossus. Mempunyai kuasa untuk teleport dan juga sihir, Anya Taylor-Joy akan memegang watak sebagai Magik di dalam filem The New Mutants akan datang.