So sweet! Majlis yang dianjurkan oleh penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza buat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah ternyata membuatkan ramai terharu.

Siti Nurhaliza Rai Tun Dr Mahathir Dan Tun Dr Siti Hasmah 

Manakan tidak, semalam Siti sekeluarga telah meraikan ulangtahun perkahwinan pasangan nombor satu negara itu di kediaman miliknya. Malah sambutan hari lahir Tun berdua turut diadakan bersama. Seperti yang sedia maklum, Siti dan keluarga begitu hormat dan menyanjungi ketokohan Tun M dan Tun Siti Hasmah.

Tun Siti Hasmah Tunjuk Bakat Gesek Biola 

Dalam pada itu, kediaman Siti telah dihias serba indah dan sebagai penghargaan, penyanyi itu turut mendedikasikan lagu-lagu nyanyiannya buat Perdana Menteri dan isteri. Lebih manis, Tun Siti Hasmah telah menunjukkan bakatnya menggesek biola pada tetamu yang datang.

Jarang sekali kita lihat orang penting negara disambut meriah seperti ini apatah lagi ianya telah dikelolakan oleh penyanyi yang cukup terkenal. Apa pun, kami percaya baik Siti Nurhaliza mahupun Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah, ketiga-tiga figura ini begitu dekat di hati rakyat Malaysia.