Pelbagai medium di media sosial telah digunakan bagi menyampaikan maklumat kepada pengguna. Baik selebriti mahupun mereka yang bergelar ‘orang kenamaan’ setiap daripada mereka punyai caranya tersendiri.

Syed Saddiq Tampil Dengan Cara Unik

Begitu juga buat Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman yang mempunyai cara yang begitu unik dan turut menghiburkan warga net terutama di laman Twitter.

Bagi menyampaikan pesanan mahupun kenyataan kenyataan bagi sesuatu, Syed Saddiq akan merakam sebuah video yang jelas kelihatan wajahnya di hadapan skrin rakaman tersebut sebelum memuat naik video itu di laman sosialnya.

Anggap Seperti Trademark 

Melihatkan pada rakaman itu, rata-rata pengguna media sosial sambil berseloroh mengganggap bahawa mereka seperti sedang berinteraksi antara satu sama lain menerusi aplikasi panggilan video di telefon bimbit.

Biarpun pada mulanya ianya kelihatan agak janggal buat mereka, namun ramai pengikut menteri ini bersetuju bahawa ianya seperti sebuah trademark bagi Syed Saddiq dan mahukan ahli politik ini mengekalkan gayanya seperti ini.