Sebagai pencinta filem, mesti anda perasan, di Malaysia begitu banyak menayangkan filem dari Bollywood. Sudah semestinya anda pasti kenal dengan beberapa judul filem seperti Kuch Kuch Hota Hai (1998), Dil Se (1998), Kabhie Kushi Kabhie Gham (2001), dan 3 Idiots (2009).

Rasanya ramai yang tahu, filem bollywood ini bukan saja  terkenal dengan musiknya yang emosi, tapi juga dengan adegan ‘mustahil’ yang mengabaikan hukum fizik.

Jadi kami ingin kongsikan dengan anda semuauntuk melihat lima filem keluaran Bollywood yang mengandungi adegan lucu yang tak masuk akal.

1Singham 123 (2015)

Anda pasti akan terpukau dengan aksi hebat yang melibatkan seorang anggota polis bernama Singam (Sampoornesh Babu). Dalam misinya untuk membasmi kumpulan mafia pimpinan Lingam (Bhavani), Singam harus mengeluarkan kemampuan terbaiknya.

Pada filem arahan Akhsat Ajay Sharma ini, banyak adegan yang boleh buatkan anda geleng-geleng kepala, salah satunya adalah ketika Singam beraksi bak John Wick.

Bezanya, jika John Wick boleh menggunakan sebatang pen untuk membunuh lawannya, Singam cukup menggunakan sebiji pisang dalam beraksi. Cukup aneh tapi disinilah keunikan dari filem Singham 123.

2Singham (2011)

Melihat aksi yang dipamerkan oleh Inspektor Bajirao (Ajay Devgn) di filem Singham, kalian dijamin akan geleng-geleng kepala. Dalam mengejar seorang penjahat di sebuah adegan kejar-mengejar menggunakan kereta, Inspektor Bajirao melakukan aksi luar biasa yang tak masuk di akal.

Setelah menembak kereta si penjahat dan menyebabkan kenderaan tersebut terpelanting di udara, si hero dengan lagaknya menarik penjahat yang dikejarnya saat posisi kereta masih melayang.

3Marte Dum Tak (2002)

Marte Dum Tak (2002) yang diperanankan dengan epik oleh Thriller Manju mengisahkan pertarungan satu lawan satu, Manju mempertontonkan aksi mempertahankan diri yang menegangkan, sekaligus sangat melucukan.

Di satu bahagian pertarungan, kalian akan melihat kebolehan Manju dmenjadikan bola sepak sebagai senjata dalam melumpuhkan lawannya. Hebatkan? Aksi mereka akan mengingatkan anda kepada Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Tak percaya? Lihat video di bawah.

4Alluda Majaaka! (1995)

Siapa sangka jika filem Bollywood yang dirilis pada 1995 ini menyimpan salah satu adegan paling epik sepanjang masa. Dibintangi oleh Chiranjeevi sebagai Mr. Toyota, watak utama ini terlibat dalam adegan kejar-mengejar dengan menunggang seekor kuda. Ketika jalannya terhalang oleh truk yang melintang, Mr. Toyota melakukan aksi yang mengabaikan graviti. Dengan kudanya, Chiranjeevi berjaya melepakan diri dari kejaran sekumpulan polis dengan cara drifting.

5All the Best: Fun Begins (2009)

Berbagai-bagai cara untuk seorang lelaki memikat hati wanita? Antara salah satu cara yang paling ‘rare’ ada di dalam filem All the Best. Dalam usahanya untuk memikat wanita idaman, lelaki yang dianggap hero dalam filem ini hanya mempamerkan aksi memandu kereta. Bukan biasa-biasa ya, anda boleh melihat Prem (Ajay Devgn) melantingkan keretanya di udara dan memberikan sekuntum mawar kepada pujaan hatinya. Aksi ini ternyata telah membuktikan bahawa tarikan graviti tak berlaku di industri filem Bollywood.

Itu tadi beberapa aksi epik di filem keluaran Bollywood yang mengabaikan hukum fizik. Walaupun nampak luar biasa, terbukti aksi mustahil yang disajikan mampu memberikan hiburan yang berkesan.