Dengan persembahan yang penuh energetik dengan mendendangkan lagu rock nyanyian asal kumpulan band legenda Queen iaitu Bohemian Rhapsody, peserta yang diserap semula, Eiffel atau nama sebenarnya Eiffel Paul Pailus, 13 berjaya menewaskan tiga finalis lain untuk bergelar juara Ceria Megastar Ministar 2019  musim pertama.

Berasal dari Sabah, Eiffel yang menggabungkan lagu Bohemian Rhapsody dan Talking To The Moon dari Bruno Mars  sekali gus melayakkannya membawa pulang RM25,000 sebagai hadiah kemenangan berserta trofi pada pentas akhir yang berlangsung malam tadi.

Sementara itu, 1 negara dengan Eiffel dari Sabah, Cici menyandang gelaran selaku naib juara dan membawa pulang hadiah RM10,000 berserta trofi. Manakala Aliff menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 berserta trofi.

Kejutan Buat Putri Dari Pak Nil

Putri atau nama penuhnya Qasrina Putri Adrianna Abdullah yang disebut-sebut salah seorang perserta mudah mengalirkan air mata berpuas hati di tempat keempat. Pada awalnya tiada hadiah wang tunai diberikan kepada perserta tempat keempat, namun ketika sidang media, Datuk Aznil Haji Nawawi dengan rasa rendah hati menyumbangkan wang tunai sebanyak RM5,000 dari Yayasan Pesona yang diilhamkan oleh Pak Nil sejak beberapa tahun yang lalu.

Juri terdiri daripada Pak Nil dan Zizan Razak yang bertindak selaku juri tetap, di samping Mas Idayu dijemput sebagai juri undangan dalam menentukan markah sebanyak 70 peratus, manakala selebihnya undian peminat.

Eiffel Mahu Kongsi Wang Kemenangan Kepada Ibu Bapa

Dalam perkembangan lain, ketika sidang media berlangsung, Eiffel berhasrat mahu berkongsi wang kemenangan kepada ibu bapa nya yang sudah banyak berhabisan duit sepanjang dia menyertai Ceria Megastar Ministar 2019.

” Saya akan berkongsi wang kemenangan ini dengan ibu bapa saya. Mereka berhabisan duit sehingga terpaksa berulang alik dari Sabah ke Kuala Lumpur setiap minggu dengan kos penerbangan mencecah RM600″- katanya

Selain menyaksikan persembahan 4 finalis bertanding, konsert turut dihangatkan dengan persembahan artis-artis popular tanah air seperti Hael Husaini, Haqiem Rusli dan Andi Bernadee menerusi persembahan pembukaan lagu We Will Rock You dari Queen.