Semalam tular di media sosial mengenai pengumuman barisan pelakon dan filem adiwira Indonesia terbitan BumiLangit Studios dan Screenplay Pictures yang diadaptasi daripada komik kepahlawanan. Memuji senarai tersebut, netizen turut beranggapan adiwira Indonesia ini setanding watak-watak adiwira DC Comics 

Bront Palarae Jadi Penjahat Utama Dalam Gundala 

Menerusi pengumuman itu beberapa pelakon Indonesia terkenal telah diumumkan memegang watak adiwira dan antagonis seperti Nicholas Saputra (Aquanus), Joe Taslim (Mandala), Ario Bayu (Ghani Zulham), Dian Sastro (Dewi Api) yang disenaraikan dalam BCU Jilid 1.

Turut mencuri perhatian dalam senarai itu adalah pelakon Malaysia, Bront Palarae yang akan memegang watak antagonis sebagai Pengkor.

Menemui Peminat Pada 29 Ogos Ini 

Sebagai info, BCU Jilid 1 bakal menampilkan beberapa buah filem dalam tempoh lima tahun bermula pada tahun ini.

Sebagai permulaan, Gundala Putra Petir lakonan Abimana Aryasatya akan mula ditayangkan pada 29 Ogos ini yang turut menampilkan Bront. Menyusuli Gundala, adalah filem Sri Asih, Godam & Tira, Si Buta Dari Gua Hantu, Patriot Taruna dan Mandala Golok Setan.