Bermula pada 23 Jun, musim kedua bagi I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) telah pun disiarkan menerusi siaran TV3 pada setiap hari Ahad pada jam 9 malam. ICSYVMY akan memberi peluang kepada mereka yang berminat dalam bidang nyanyian untuk menunjukkan bakat mereka secara ‘misteri’. Namun bagi merealisasikan impian tersebut, terdapat penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi-penyanyi ini yang akan cuba memperdayakan ‘para penyiasat’.

Keletah Ella, Dato AC Mizal Dan Amy Masturi Menghiburkan Penonton

Sama seperti musim yang lalu, kali ini turut menampilkan seorang penyanyi jemputan bagi membuat pilihan tepat mengenai bakal penyanyi duet mereka. Dalam pada itu, episod malam tadi (18 Ogos) yang menampilkan ratu rock Malaysia, Ella benar-benar mencuri perhatian penonton sehingga trending di media sosial.

Seperti yang sedia maklum, Ella sememangnya terkenal dengan sikapnya yang lemah lembut dan manja namun ditambah pula dengan gelagat dua lagi selebriti jemputan iaitu Dato AC Mizal dan Amy Mastura, episod kali ini benar-benar menghiburkan!

Anggap Episod Kali Ini Paling Kelakar 

Malah netizen turut memuji sikap ketiga-tiga selebriti jemputan itu yang kelihatan begitu santai dan melucukan sehingga memperakui episod malam tadi adalah yang paling kelakar berbanding episod-episod sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, kebanyakan netizen yang menonton juga menganggap peserta-peserta kali ini terdiri daripada mereka yang cukup berbakat besar dalam bidang nyanyian yang mana kesemua tiga peserta akhir yang dipilih oleh Ella sebenarnya merupakan penyanyi yang sebenar. Bagaimana pula dengan anda? Episod manakah yang menjadi pilihan? Kongsikan dengan kami!