Buat anda yang tidak tahu, aktres yang terkenal di era 90-an Azah Aziz kini menetap di Montreal,Kanada setelah berkahwin dengan Daud Leroy Abdullah. Dikurniakan 3 cahaya mata, Azah dilaporkan telah meninggalkan dunia lakonan hampir 20 tahun.

Azah Aziz Sokong Kempen LGBT

Biarpun begitu, peminat masih mengingati akan pelakon ini dan mengikuti perkembangannya yang sering kali dimuat naik menerusi laman Instagram.

Terbaharu, perkongsian Azah ternyata menimbulkan kontroversi sehingga mengundang kecaman dikalangan peminatnya sendiri. Semuanya kerana pelakon Cinta Korporat ini telah memuat naik beberapa gambarnya bersama rakan-rakan yang menghadiri acara perarakan kempen Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Montreal, Kanada.

Peminat Kecewa 

Melihatkan pada posting pelakon ini, rata- rata pengikutnya berasa kecewa dengan tindakan Azah yang menyokong golongan ini serta turut memberitahu ingin berhenti mengikuti perkembangannya di Instagram. Selain itu, sesetengah daripadanya turut mendoakan agar Azah sekeluarga tidak terpesong dari akidah dan landasan agama Islam.

Terlebih dahulu, menerusi postingnya itu Azah sempat berpesan agar tidak mengecam tindakannya malah tidak kisah sekiranya ada diantara mereka yang ingin berhenti mengikuti perkembangannya. Apa pendapat anda? Kongsikan dengan kami!