Panasonic merupakan sebuah syarikat elektronik terkenal yang mempunyai reputasi terbaik sehingga hari ini. Kebanyakkan rangkaian produk Panasonic dikenali berkualiti tinggi dan cukup berbaloi untuk dimiliki. Yang penting, harganya tidaklah membebankan para pembeli.

Antara produk Panasonic yang menjadi kegemaran orang ramai adalah produk Urban Audio yang kebanyakkan memiliki rekaan yang sangat unik. Malah lebih menarik ia disertakan dengan sambungan bluetooth untuk lebih memainkan lagu pilihan anda.

Selain daripada memberikan kepuasan ketika mendengar muzik ia juga sesuai ketika anda ingin mengadakan parti walau di mana sahaja.

Kami ingin mencadangkan beberapa rangkaian produk Urban Audio dari Panasonic yang sebenarnya menepati citarasa anak muda zama sekarang. Semestinya kesemua unit ini dapat memainkan lagu dengan hanya menggunakan telefon pintar anda dengan mengakses bluetooth atau Panasonic Max Juke App.

Jom lihat beberapa audio pilihan kami dan lihat apa yang menarik tentang kesemua produk ini berserta dengan harga promo yang mereka tawarkan.

1Panasonic UA7

Kepada mereka yang sering berpindah randah namun menginginkan kepuasan ketika menonton TV dengan bunyi yang jelas dan mengagumkan, model ini adalah sesuai untuk anda.

Secara keseluruhannya, UA7 memiliki 10 speaker yang terdiri daripada 4 tweeter (6cm), 4 Midrange Woofers (8cm) dan 2 Super Woofers (16 cm). Dengan gabungan kesemua  speaker ini,  bunyi akan boleh didengari dengan begitu seimbang dan jelas walau di mana anda berada.

Mengenai reka bentuknya, sesiapa saja akan tertarik dengan unit ini kerana ia terlihat langsing dan jimat ruang.  Ia dilengkapi memori internal 4 GB, sesuai sekali jika anda yang suka berkaraoke di rumah. Urban Audio ini juga nampak moden dengan tombol sensor sentuh di bahagian atas dengan sentuhan kaca dan pencahayaan biru yang begitu elegan.

Apa yang lebih menarik, Mode Bunyi Ekspansif boleh membuatkan bunyi dari speaker terasa datang dari arah kaca TV anda. Ia hadir dengan sistem Bass and Reflex yang mempu mengangkat bunyi tanpa kehilangan resonansi audio yang dihasilkan dari belakang belakang unit woofer.

Untuk spesifikasinya,  SC-UA7GSX-K memiliki daya output: 1700W*1 (RMS), dengan seberat 14kg, unit ini dijual dengan harga RM 1,935.00. Tetapi sekiranya anda membuat pembelian di direct.panasonic.com.my. dengan masukkan kod promo ‘UA2019′, harga yang ditawarkan serendah RM1,599.

2Panasonic UA3

Urban Audio ini sangat sesuai pada suka berparti! Dengan rekaan pemegang yang unik dan saiz yang ideal, UA3 ini sangat sesuai untuk di bawa kemana-mana acara ataupun majlis keramaian.

Secara keseluruhannya,  UA3 memiliki 6 speaker yang terdiri daripada 4 tweeter (4cm dua di setiap sisi) dan 2 Woofers (13 cm). Dengan gabungan ke semua speaker ini, speaker bersaiz kecil ini mampu menghasilkan bunyi yang jelas di setiap sudut dan sangat sesuai dipasang di majlis yang sesak dengan orang ramai.

Apa yang lebih unik dengan Urban Audio ini, pemegang pada panel muka, di mana ia memudahkan anda untuk menjinjing bawa ke mana-mana dan ringan pulak tu!

Selain itu, anda pasti tertarik dengan pencahayan pada rekaan Urban Audio ini. Pada tombol tengah, terlihat garisan lampu biru mengisi permukaan hitam. Urban sangat!

Untuk spesifikasinya, SC-UA3GSX-K dengan saiz dimensi 650 x 196 x 274 mm dan seberat 6.1kg ini dijual dengan harga biasa RM 1,199.00 tetapi jadi lebih murah serendah RM 799 sekiranya membeli di direct.panasonic.com.my. dengan masukkan kod promo ‘UA2019’.

3Panasonic UX100

Sebuah lagi Urban Audio dari Panasonic dengan reka bentuk terbaru yang sesuai untuk anda yang mementingkan gaya hidup elegan. Dengan kekuatan bunyi yang mampu mengisi di setiap sudut ruangan membuatkan parti di rumah anda lebih meriah!

Urban Audio dengan kekuatan 300 W ini dilengkapi dengan woofer 13 cm dan tweeter 5 cm yang dioptimumkan untuk sistem 2 arah. Kami tertarik dengan rekaannya yang cukup ringkas dan bergaya, lagi-lagi pada permukaannya memiliki sentuhan halus buatan tangan. Walaupun ia nampak sederhana tami tetap mewah. Anda akan dapat lihat ia penggunaan cahaya biru yang lembut pada tombol dan sekitarnya.

Pada yang gemar menonton pelawanan bola sepak, dengan tetapan awal Local Equalizer, anda boleh menikmati berbagai genre musik dengan memilih mode Bola Sepak ataupun selain itu ada juga mode Rock & Salsa bergantung kepada bunyi sesuai dengan keinginan anda.

Untuk spesifikasinya, SC-UX100GSXK memiliki daya output: 300W*1 (RMS), ini dijual dengan harga RM 609.00 tetapi anda hanya perlu membayar RM499 sekiranya membuat pembelian di direct.panasonic.com.my. dengan masukkan kod promo ‘UA2019’

4Panasonic UA90

Untuk mendapatkan tekanan bunyi yang lebih hebat, bolehlah dapatkan  UA90 yang memiliki keseluruhan 10 unit speaker- dua unit super woofer 20 cm, empat woofer midrange 8-cm, dan empat tweeter 6-cm.

Menariknya, Urban Audio ini menggunakan kotak konfigurasi yang berasingan, supaya bunyi vokal atau suara dapat didengari dengan lebih jelas. Yang suka menyanyi Karaoke tu, sesuai sangatlah!

Selain itu, untuk memastikan kualiti bunyi boleh didengari di setiap ruangan, Urban Audio yang satu ini menawarkan 180 darjah kesan bunyi dengan keluasan bunyi yang kuat dan rangsangan bass yang hebat.

Apa yang membuatkan model ini nampak lebih unik adalah pencahayaan warna biru dibawah speaker yang mampu menghidupkan suasana di rumah anda lebih cool!

Urban Audio ini dilengkapi dengan fitur karaoke, dan mempunyai dua jack mikrofon yang boleh anda  sambungkan. Jadi bolehlah menyanyi berduet!

Untuk spesifikasinya, SC-UA90GSX-K dengan saiz dimensi 300 X 944 X 295 mm dan seberat 21 kg ini dijual dengan harga RM 2,299.00. 

5Panasonic UA30

UA30 memiliki sitem bunyi yang sangat dinamik dan jelas yang tidak akan pernah anda jangkakan ia dari unit sekecil ini. Urban Audio yang satu ini menawarkan 180 darjah kesan bunyi dengan keluasan bunyi yang kuat dan rangsangan bass yang hebat.

Siap dengan pemegang di kedua-dua sisi, UA30 sangat sesuai anda yang mahu membawanya berparti ke mana-mana saja untuk berhibur dan berkumpul bersama teman dan keluarga.

Sama seperti UA7, ia hadir dengan sistem Bass and Reflex yang mempu mengangkat bunyi tanpa kehilangan resonansi audio yang dihasilkan dari belakang belakang unit woofer.

Unit ini mempunya enam speaker secara keluruhannya yang terdiri dari dua woofer  13-cm dan empat tweeter 4-cm.

Untuk spesifikasinya, SC-UA30GSXK dengan saiz dimensi 265 X 606 X 272 mm dan seberat 8 kg ini dijual dengan harga RM 899.00. Nak jimat? Anda boleh milikinya dengan harga serendah RM699 di direct.panasonic.com.my. dengan masukkan kod promo ‘UA2019’.

Jimat Lebih Dengan Promo Kod ‘UA2019’

Tawaran ini bermula dari 23 Ogos hingga 30 September anda anda boleh memiliki Urban Audio pilihan anda dengan harga lebih murah dan menjimatkan.

Jadi yang mana satu pilihan anda? Jangan tunggu lama-lama, cepat dapatkan satu sekarang!