Starbucks Malaysia kini telah mempelbagaikan variasi jualannya. Bukan sahaja aneka kopi dan teh! Selepas kolaborasi bersama Neelofa menerusi jualan tudung Naelofar X Starbucks Malaysia, jenama popular ini terus mencipta nama dengan memperkenalkan satu lagi produk baharu.

Dua Pilihan Pewangi Kereta 

Perkenalkan pewangi kereta edisi terhad dari Starbucks! Buat peminat dan pengumpul barangan keluaran Starbucks jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pewangi kereta Starbucks. Dengan pilihan dua aroma iaitu teh hijau dan coklat ianya telah tersedia untuk dijual kepada orang ramai bermula pada minggu lalu.

Hanya Di Starbucks Pandu Lalu

Untuk dapatkan pewangi kereta ini, harga nya cuma RM25 sahaja! Ingin dapatkan dengan harga lebih murah? Anda hanya perlu beli minuman promosi Starbucks bersaiz venti, dan anda boleh dapatkan pewangi kenderaan ini dengan harga RM15. Namun perlu diingatkan Pewangi Kereta ini hanya dijual di cawangan Starbucks pandu lalu sahaja. Untuk maklumat lanjut layari laman web Starbucks.