Susulan daripada insiden ‘body shaming’ yang dilakukan secara tidak sengaja oleh penyanyi dan pelawak Mark Adam kepada Sherry Alhadad ketika berlangsungya konsert Big Stage minggu pertama baru-baru ini, salah seorang rakan karib Sherry yang juga pelakon, Sharifah Amani tampil mempertahankan rakannya itu.

Berterima Kasih Pada Mark 

Menurut Amani, Sherry sememangnya layak menerima permohonan maaf secara terbuka daripada Mark memandangkan isu tersebut dianggap agak sensitif. Tidak lama kemudian, menerusi laman Instagram nya, pelakon itu memohon maaf kepada Sherry malah Amani turut mengucapkan terima kasih buat Mark atas kesudiannya membuat permohonan maaf itu.

Anggap Alif Satar Lain Dari Yang Lain 

Dalam posting nya di laman Twitter, pelakon berbakat besar ini akui rakan pengacara Big Stage Sherry iaitu Alif Satar sememangnya seorang individu yang cukup berkarisma. Menurut Amani, dia melihat Alif sudah beberapa kali tampil mempertahankan hak wanita selain berterima kasih kepada nya.

Jelas Amani lagi, lelaki di luar sana sepatutnya mencontohi keperibadian Alif malah menganggap selebriti verstail itu sebagai sebuah permata yang sukar dicari. Rata-rata pengikut Amani juga memperakui akan kenyataannya itu selain melabelkan Alif sebagai seorang yang ‘gentleman’