Dwayne Douglas Johnson atau dikenali dengan nama The Rock kini sah sudah bernikah. Aktor dari filem Fast and Furious ini baru saja menikahi kekasihnya, Lauren Hashian, pada hari Ahad lalu (18/8/2019).

Berita baik ini telah diumumkan terus oleh The Rock dan isterinya menerusi akaun Instagram mereka. Dalam posting tersebut, aktor 47 tahun ini juga meluahkan perasaannya, bahawa dia merasa diberkati.

“We do. August 18th, 2019. Hawaii. Pōmaikaʻi (blessed),” tulis The Rock dalam posting pada hari Isnin semalam (19/8/2019).

Menerusi gambar yang dimuatnaik, The Rock memakai kemeja dan seluar putih sementara isterinya yang memegang jambangan bunga, mengenakan gaun pengantin dengan warna sedondon.

Dengan wajah ceria, mereka berpose di depan sebuah pantai. Di foto lain, The Rock mencium isterinya.

Sudah dikurniakan Cahaya Mata

The Rock dan Lauren Hashian, sudah lama menjalinkan hubungan istimewa. Dipetik dari People, pasangan ini bertemu pertama kali pada 2006 ketika The Rock sedang menjalani penggambaran filem The Game Plan. Mereka mula bercinta pada 2007.

The Rock dan Lauren telah dikurniakan dua anak perempuan, yakni Jasmine yang berusia tiga tahun dan Tiana yang berumur 16 bulan.

Ini, adalah pernikahan kedua The Rock. Dia sebelumnya berumah tangga dengan penerbit filem Dany Garcia selama 10 tahun dan berpisah secara baik. Pasangan ini dianugerahi anak perempuan yang berusia 18 tahun, Simone.