Siapa sangka, selepas meraikan ulangtahun perkahwinan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah di kediamannya, semalam giliran penyanyi kesayangan ramai ini pula, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut ulangtahun perkahwinannya bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Genap 13 Tahun Perkahwinan

Pada setiap tahun,20 Ogos merupakan tarikh yang cukup bermakna buat pasangan ini apatah lagi 2019 genap 13 tahun usia perkahwinan mereka. Menerusi laman Instagram nya, Siti mendedikasikan ucapan terima kasih nya buat semua peminat dan kenalan yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

Adakan Majlis Serba Sederhana 

Dalam kesempatan itu, Siti dan keluarga telah mengadakan sebuah majlis yang diadakan dalam serba sederhana. Turut kelihatan dalam majlis itu adalah ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan artis seperti Mark Adam, Syamel serta Ernie Zakri yang diundang untuk membuat persembahan pada malam itu. Rata-rata peminat juga mengambil kesempatan itu dengan membanjiri ruangan komen dengan ucapan serta doa yang terbaik buat penyanyi kesayangan mereka itu.

Siti dan Datuk K telah bernikah pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah Khalid yang kini berusia setahun 6 bulan. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-13 buat Tok Ti dan Datuk K!